Di Concorso d’Eleganza Villa d’Este, event khas untuk kereta, kehadiran motorsikal semakin meningkat. Tahun ini, jenama keturunan Jerman, telah mendedahkan sport-tourer concept baru mereka yang digelar 9Cento.
Keunikan badan yang aerodinamik, 9Cento ini terlalu eksotik untuk dilengkapi pada badan unit pengeluaran. Namun, BMW Motorrad dikenali untuk menonjol konsep-konsep sebegini sebelum mengumumkan secara khas unit pengeluarannya. Ia dinjangka bahawa unit pengeluaran akan diumumkan pada akhir tahun ini di motoshow.
BMW Motorrad telah membuat keputusan untuk mengguna versi enjin silinder kembar yang diubah suai seperti dalam F850GS. Dengan penalaan yang sesuai pada engin, 9Cento ini pasti akan menjadi sport-tourer yang unik kepada syarikat. Motosikal ini juga akan mengganti unit-unit terawalnya, F800S dan ST.
Selain dari reka bentuk yang agresif, ciri yang paling menarik tentang 9Cento ini ialah sistem sampingan. Pannier tersebut apabila dipasang dengan menggunakan elektromagnet yang terdapat dibawah tempat duduk melebarkan lagi kawasan tempat duduk penumpang.
Dengan kegunaan elektromagnet, para penunggang mempunyai pilihan sama ada untuk memasang atau mengeluarkan pannier.
Pada pendapat kami, BMW Motorrad mungkin akan mendedahkan sebuah unit baru berdasarkan 9Cento di INTERMOT tahun ini pada awal Oktober. Terdapat juga kemungkinan untuk unit ini ditampil di EICMA Milan sebulan kemudian.
Apakah pendapat anda tentang middleweight sport-tourer baru ini berdasar konsep 9Cento?
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS