• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Motor Langgar Belakang Kereta: Siapa Salah & Apa Perlu Buat 

Motor Langgar Belakang Kereta: Siapa Salah & Apa Perlu Buat 
Hazique Zairill
Ogos 26, 2025

Motor langgar belakang kereta, siapa salah? Ketahui undang-undang, langkah buat laporan polis, insurans & apa perlu buat jika kemalangan motor berlaku.

Motor langgar belakang kereta siapa salah

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Kemalangan jalan raya memang perkara yang tidak dijangka, terutamanya bila melibatkan motosikal. Salah satu situasi paling biasa ialah motor langgar belakang kereta. Soalan yang selalu timbul: siapa salah?

Secara asasnya, dalam kebanyakan kes, kenderaan yang melanggar dari belakang dianggap bersalah. Ini kerana pemandu atau penunggang di belakang sepatutnya menjaga jarak selamat dan sentiasa bersedia untuk membrek jika kenderaan depan berhenti mengejut.

Tapi, ada juga situasi di mana motor tidak semestinya bersalah 100%. Contohnya:

  • Kereta membrek secara tiba-tiba tanpa lampu brek berfungsi.
  • Kereta mengundur atau masuk lorong tanpa signal.
  • Jalan rosak atau licin yang menyebabkan motor hilang kawalan.

Dalam kes begini, kesalahan boleh jadi dikongsi antara kedua-dua pihak bergantung kepada siasatan polis dan laporan insurans.

Motor langgar belakang kereta siapa salah

Apa Perlu Buat Jika Motor Langgar Belakang Kereta?

Kalau kemalangan berlaku, jangan panik. Ikut langkah-langkah ini:

  • Berhenti di tempat selamat – Jangan lari. Hentikan kenderaan/motor di kawasan yang tidak menghalang lalu lintas.
  • Pastikan semua selamat – Periksa sama ada ada yang cedera. Kalau ada kecederaan serius, hubungi 999 segera.
  • Ambil gambar & video – Rakam keadaan jalan, kerosakan motor/kereta, nombor plat, dan kedudukan kenderaan. Ini penting untuk bukti dan boleh digunakan di mahkhamah
  • Bertukar maklumat – Catat nama, nombor IC, nombor telefon, dan nombor plat pihak satu lagi.
  • Buat laporan polis dalam 24 jam – Wajib, walaupun kerosakan kecil. Jika gagal, insurans tidak akan melindungi kerugian.
  • Hubungi syarikat insurans – Lapor kemalangan dan ikut prosedur claim sama ada untuk own damage (OD) atau third party.
Motor langgar belakang kereta siapa salah

Tip Penting Untuk Elak Motor Langgar Belakang Kereta

  • Sentiasa jaga jarak 2 saat dengan kenderaan depan.
  • Jangan ikut terlalu rapat, terutama bila hujan atau jalan licin.
  • Pastikan brek motor dalam keadaan baik.
  • Fokus pada jalan, jangan guna telefon atau terlalu leka.

Kesimpulan

Dalam kebanyakan kes, motor yang langgar belakang kereta akan dianggap salah kerana gagal menjaga jarak dan kawalan. Namun, keadaan sebenar tetap bergantung kepada bukti dan siasatan.

Paling penting, buat laporan polis, jangan lari dari tempat kejadian, dan ikut prosedur betul untuk tuntutan insurans. Keselamatan diri sentiasa nombor satu.

Related Items2025baruberitaHondamalaysianewnewsSEOUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Ogos 26, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitaHondamalaysianewnewsSEOUtamayamaha

More in Berita

Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Perkhidmatan Rescue Motosikal Mengangkut Motor Dengan Selamat

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruari 10, 2026
Read More

Bagaimana Pasukan MotoGP Menyediakan Motosikal Sepanjang Malam

Amzar HazeeqFebruari 10, 2026
Read More

Perbezaan Antara Jentera MotoGP dan Superbike Produksi

Amzar HazeeqFebruari 9, 2026
Read More

Kenapa Motosikal MotoGP Sangat Mahal?

Amzar HazeeqFebruari 6, 2026
Read More

Ride-by-Wire: Kelebihan & Isu Penyelenggaraan

Amzar HazeeqFebruari 3, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Top 5 Motor Kapcai 2026 di Malaysia
    BeritaJanuari 19, 2026
  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza
    BeritaJanuari 28, 2026
  • AFAZ Kencana Sport 115 Review: Kapcai Nasional Kedua
    BeritaJanuari 20, 2026
  • Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Bagaimana Perkhidmatan Rescue Motosikal Mengangkut Motor Dengan Selamat
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan
    Gaya HidupFebruari 11, 2026
  • Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta – Edisi Paling Besar di Terengganu
Minyak Hitam Motor: Fungsi, Jenis & Tips Pilih Terbaik Untuk Motosikal Anda
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat