Dari 14 hingga 28 Mac 2025, bawa motosikal anda ke pusat servis Modenas untuk servis percuma, diskaun eksklusif, dan konsultasi mekanik.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom), dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen ‘Mai Servis Motor Sambut Raya’, yang akan berlangsung dari 14 hingga 28 Mac 2025. Inisiatif ini, yang tersedia di semua pusat servis Modenas di seluruh negara, bertujuan memastikan motosikal pelanggan berada dalam keadaan optimum menjelang musim perayaan yang bakal tiba.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Modenas menawarkan pelbagai manfaat ekslusif, termasuk: Percuma Caj Upah Kerja untuk servis motosikal biasa. Diskaun Istimewa untuk servis dan penyelenggaraan motosikal. Diskaun Tambahan Eksklusif untuk ahli E-Keahlian Modenas. Konsultasi Percuma dari Mekanik Bertauliah Modenas mengenai penjagaan dan penyelenggaraan motosikal.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, menekankan komitmen syarikat terhadap keselamatan jalan raya dan kesejahteraan komuniti dengan berkata:
“Di Modenas, kami percaya bahawa keselamatan harus sentiasa diutamakan, terutamanya semasa musim perayaan apabila ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan jauh untuk bertemu keluarga tersayang. Melalui kempen ini, kami ingin memberi kembali kepada komuniti dengan memastikan motosikal mereka diselenggara dengan baik, sekali gus mengurangkan risiko kerosakan atau kemalangan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat yang berterusan, menjadikan mobiliti yang selamat dan boleh dipercayai dapat diakses oleh semua.”
Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat servis Modenas sepanjang tempoh kempen dari Isnin hingga Jumaat (8:30 pagi – 4:30 petang) dan Sabtu (8:30 pagi – 1:00 petang) untuk menikmati tawaran ini.
Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi Modenas: Modenas Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Modenas Customer Careline di 1-800-880-181 atau melalui WhatsApp di 019-570 8135. Sertai kami dalam membuat persiapan untuk perjalanan yang lebih selamat dan lancar musim perayaan ini dengan kempen ‘Mai Servis Motor Sambut Raya’!

Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS