Jom tengok 6 motorsikal untuk student di Malaysia yang bukan sahaja berpatutan, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Adakah anda seorang pelajar atau mengenali seseorang yang masih bergelar student? Jika ya, anda berada di tempat yang betul! Artikel ini akan berkongsi tentang 6 motorsikal untuk student di Malaysia yang sesuai digunakan untuk perjalanan harian ke kelas, tempat kerja sambilan, atau sekadar untuk bergerak ke mana-mana dengan lebih mudah dan jimat.
Pilihan motorsikal dalam senarai ini memang sesuai kerana faktor harga, ketahanan, kos penyelenggaraan yang rendah, serta kecekapan bahan api. Jadi, jom kita tengok 6 motorsikal untuk student di Malaysia!

1. Yamaha Lagenda 115Z
Yamaha Lagenda 115 ni memang antara kapcai paling popular di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan kos penyelenggaraan yang rendah, ianya sesuai untuk pelajar yang nak motosikal yang reliable dan jimat minyak. Design dia pun simple tapi elegant, sesuai untuk kegunaan harian.

2. Yamaha Y15ZR
Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai “Y-Suku” ni memang kegilaan ramai pelajar. Dengan enjin 150cc dan design sporty, Y15ZR bukan sahaja nampak gaya, malah memberikan prestasi yang cukup power untuk perjalanan harian. Lagi satu, Y-Suku ni tak perlu nak risau tentang spare part sebab kebanyakan bengkel ada parts untuk motor ni. Kos pun tidak lah tinggi sangat. Dan paling penting, aksesori motor ni banyak cantik-cantik dan juga senang cari!

3. Yamaha Y16ZR
Yamaha Y16ZR ni adalah upgrade dari Y15ZR dengan enjin 155cc yang lebih besar dan ciri-ciri teknologi yang lebih moden. Dengan design yang lebih agresif dan prestasi yang lebih baik, Y16ZR sesuai untuk pelajar yang nak motosikal ala ala premium tapi masih lagi dalam bajet. Dengan enjin 155cc VVA (Variable Valve Actuation), motosikal ini memberikan kuasa yang lebih responsif, terutama ketika memecut.
Namun, dengan kelebihan ini, harga Y16ZR lebih tinggi sedikit berbanding Y15ZR. Jika anda mahukan motor yang lebih premium dan mampu menanggung kosnya, ini pilihan terbaik. Kalau anda menggunakan motor untuk balik rumah jauh setiap minggu, motor ni sangat sesuai!

4. Honda Dash 110
Honda Dash 110 adalah alternatif kepada Yamaha Lagenda 115Z untuk mereka yang mahukan motosikal bajet dan jimat minyak. Model ini cukup ringan dan senang dikendalikan, menjadikannya pilihan terbaik untuk student yang mahukan motor praktikal tanpa perlu risau tentang kos minyak dan penyelenggaraan. Dengan enjin 110cc yang efisien, ianya sesuai untuk pelajar yang nak motosikal yang simple dan juga sangat sesuai untuk student perempuan.

5. Yamaha R25
Untuk pelajar yang nak motosikal sport dengan harga berpatutan, Yamaha R25 ni pilihan yang tepat. Dengan enjin 250cc, dua silinder, motor R25 menawarkan prestasi yang lebih power berbanding motosikal kapcai biasa. Design sporty dia pasti buat korang nampak lebih bergaya di jalan raya.
Walaupun begitu, harga Yamaha R25 agak mahal dan mungkin tidak sesuai untuk semua student, terutama dari segi kos penyelenggaraan dan insurans. Tetapi, jika anda masih juga inginkanya, tidak menjadi masalah sebab imotorbike ada motor second hand R25 yang murah-murah tapi kualiti masih elok.

6. Benelli RFS 150i
Akhir sekali, kita ada Benelli RFS 150i dalam list kita, motorsikal ini adalah pilihan alternatif kepada Yamaha Y15ZR dan Y16ZR bagi mereka yang mahukan motosikal kapcai sporty look tapi masih dengan harga lebih kompetitif.
Model ini dilengkapi dengan enjin 150cc. Walau bagaimanapun, jenama Benelli mungkin kurang dikenali berbanding Yamaha atau Honda, tetapi ia tetap menawarkan ciri-ciri yang menarik dalam kategori ini.
Kesimpulan
Memilih motosikal sebagai student bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing. Jika anda mahukan motosikal yang murah dan jimat minyak, Yamaha Lagenda 115Z atau Honda Dash 110 adalah pilihan terbaik. Jika anda mahukan motor kapcai sporty, Yamaha Y15ZR, Yamaha Y16ZR atau Benelli RFS 150i boleh dipertimbangkan. Manakala, bagi mereka yang mahukan motor besar, sportbike, Yamaha R25 adalah pilihan yang lebih eksklusif.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang motorsikal ni atau nak dapatkan harga terbaik, jom hubungi iMotorbike sekarang! Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan yang masih study. Selamat mencari motorsikal impian korang!


Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS