Md Iqbal Amri bersiap sedia untuk Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar kesayangannya iaitu Tangkak hujung minggu ini.
Pelumba berbakat dari GIVI Tekhne ini berazam untuk memperoleh satu lagi penamat podium dalam kategori perlumbaan CP150 yang sangat kompetitif.
Pada perlumbaan terakhir, Iqbal mencapai sesuatu yang luar biasa -iaitu podium pertamanya musim ini. Apa yang lebih mengagumkan ialah dia melakukannya pada trek yang baru.
Musim lalu, dia menamatkan kejuaraan di tempat ketujuh keseluruhan. Tetapi musim ini, dia telah menunjukkan peningkatan besar, membuktikan keupayaannya untuk bersaing di peringkat tertinggi. Ketika ini, Iqbal memegang kedudukan kelima keseluruhan dengan kutipan 77 mata.
Menurut Iqbal, “Strategi saya untuk pada pusingan lepas adalah untuk cuba sedaya upaya untuk mendapatkan tempat lima ke atas di grid. Dengan itu, saya mempunyai rentak yang lebih bagus untuk mengekori pelumba di hadapan sehingga ke garisan penamat.
Dari segi jentera, banyak yang telah berubah pada musim ini. Saya dapat dapatkan masa yang lebih baik dengan penambahbaikan tersebut.
Saya juga telah menguatkan mental dan fizikal saya untuk menambah baik prestasi untuk tahun ini. Secara keseluruhan, saya agak puas dengan pencapaian saya walaupun boleh di perbaiki lagi.”
“Untuk pusingan yang akan datang, saya jangkakan perlumbaan yang agak sengit. Litar Tangkak adalah litar kegemaran saya dan saya agak yakin di litar tersebut.
Mungkin ada sedikit perubahan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah berlaku di situ tetapi saya akan cuba buat yang terbaik untuk mengutip mata maksimum.
Apa yang penting adalah untuk memberikan keutamaan kepada “pace” kerana kategori ini, kita harus membuat 20-lap. Oleh itu, “momentum” adalah penting sehinggalah ke garisan penamat.
Persediaan kami satu pasukan sangat baik memandangkan kami masih mempunyai “otai” kita, Abang Fazrul Sham yang memberikan kami tunjuk ajar dan juga memudahkan kami berkomunikasi dari segala aspek.”
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS