Artroniq Bhd (Artroniq) bakal memperkenalkan motosikal elektrik pada 21 Oktober.
Setelah menandatangani Perjanjian Pengedaran strategik dengan syarikat induk United Motors, PT Terang Dunia Internusa, baru-baru ini.
Berdasarkan perjanjian tersebut, Artroniq Itech Sdn Bhd, anak syarikat Artroniq, telah dilantik sebagai pengedar eksklusif motosikal EV di Malaysia.
Motosikal ini akan diimport dalam bentuk CKD (Completely Knocked Down) dan dipasang di kilang Artroniq Itech di Malaysia.
Sebagai pengedar eksklusif, Artroniq ingin memajukan visi kemampanan, yang diwujudkan melalui komitmen mereka terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG).
“Pada pelancaran ini, masyarakat akan memiliki kesempatan untuk menguji kedua model siri TX, termasuk TX3000,” kata Ketua Pegawai Kewangan Artroniq, Marcus Chin Choon Wei.
Acara tersebut dihadiri oleh Pengerusi ATEC (Asian Trade, Tourism and Economic Council) Budihardjo Iduansjah, Senator Jaziri Alkaf Dr Abdillah Suffian.
Pelancaran ini diharapkan menjadi acara penting dalam kerangka ASEAN, yang akan memperkuat hubungan mendalam antara Malaysia dan Indonesia.
Kedua negara tetap berkomitmen untuk memajukan pertumbuhan ekonomi yang berkelanjutan dalam komunitas ASEAN.
Choon Wei turut kongsi bahawa kerjasama ini bukan hanya transaksi perniagaan, tetapi tentang menciptakan nilai bersama, terutama dalam konteks kemampanan.
“Ini sejajar dengan komitmen kami terhadap prinsip ESG, kerana kedua-dua syarikat menyasarkan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup untuk ,” katanya.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS