Rutin Pemeriksaan Motosikal RPM B2 & B Full
Mendapatkan lesen memandu motosikal di Malaysia bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan pengetahuan, keterampilan, dan kesediaan untuk mematuhi peraturan jalan raya.
RSM Motor JPJ
Salah satu aspek penting untuk lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah memahami dan melaksanakan rutin pemeriksaan motosikal dengan betul.
Rutin pemeriksaan ini bukan sahaja penting untuk ujian JPJ, tetapi juga penting untuk keselamatan anda dan orang lain di jalan raya.
PSMP Motosikal
Rutin pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan motosikal adalah prosedur yang dirancang untuk memastikan motosikal anda berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
Ia melibatkan pemeriksaan komponen penting motosikal seperti tayar, enjin, lampu, brek, dan banyak lagi. Dengan melakukan rutin pemeriksaan ini, anda tidak hanya mempersiapkan diri untuk ujian JPJ, tetapi juga memastikan bahawa anda selamat di jalan raya.
Berikut adalah panduan lengkap tentang rutin pemeriksaan motosikal yang perlu anda ingat dan lakukan untuk lulus ujian JPJ dan mendapatkan lesen memandu motosikal anda di Malaysia.
RUTIN SEBELUM MENUNGGANG B2 & B Full (Video)
- RSM Motor JPJ
- PSMP Motosikal
- RUTIN SEBELUM MENUNGGANG B2 & B Full (Video)
- Rutin Pemeriksaan Motosikal RPM (RPM Motor B2) – 5 minit – Level 1
- Rutin Sebelum Menunggang Motosikal RSM (RSM Motor B2 & B Full) – 3 Minit – Level 2
- Rutin Selepas Menunggang Motosikal RSM (RSM Motor B2 & B Full) – 3 Minit – Level 3
Rutin Pemeriksaan Motosikal RPM (RPM Motor B2) – 5 minit – Level 1
Bahagian depan:
- Periksa tayar (tekanan angin/bunga/fizikal)
- periksa nombor plat/sticker
- Periksa lampu besar
- Periksa lampu signal kiri & kanan
- Periksa cermin sisi kiri & kanan (side mirror)
Bahagian kanan :
6.Periksa minyak engine (mencukupi)
Bahagian belakang:
- Periksa tayar(tekanan angin/bunga/fizikal)
- Periksa nombor plate/sticker
- Periksa lampu brake belakang
- Periksa lampu signal kiri & kanan
Bahagian kiri:
- Periksa rantai(longgar)
Bahagian atas:
- Periksa road-tax / nombor plate / tarikh luput
- Periksa petrol (mencukupi) & penutup petrol (longgar)
- Periksa tools (ada / keadaan baik)
- Periksa bateri (wayar/air /fizikal)
Rutin Sebelum Menunggang Motosikal RSM (RSM Motor B2 & B Full) – 3 Minit – Level 2
- Periksa brake (gerakan motor ke hadapan & belakang )
- Laraskan cermin sisi (side mirror)
- Start engine
- Periksa nyalaan lampu & signal/depan & belakang
- Toleh kiri & toleh kanan- masuk gear 2
- Horn & Jalan
Rutin Selepas Menunggang Motosikal RSM (RSM Motor B2 & B Full) – 3 Minit – Level 3
Selepas Arahan JPJ, Baru Mula:
- Periksa tayar (tekanan angin)
- Periksa topi keledar
- Periksa cermin sisi(side mirror)
- Start engine
- Periksa nyalaan lampu & signal/depan & belakang
- Toleh belakang kiri & kanan – masuk gear 2
- Toleh kiri & kanan, depa tangan kanan & signal kanan
- Bunyi horn — jalan
Baca mengenai motor paling jimat minyak di sini dan spray minyak motor terbaik di sini. Kalau berminat mencari Motor 150cc terbaik di Malaysia, sila lawati sini.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS