PEMINAT BMW KINI BOLEH MEMILIH M 1000 R 2023 YANG DIDATANGKAN DENGAN CIRI-CIRI PREMIUM DAN PRESTASI YANG KUAT.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
BMW Malaysia akhirnya telah memperkenalkan BMW M 1000 R 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM158,500.
Walaupun dibangunkan dengan platform S 1000 R, M 1000 R mendapat enjin yang sama seperti M 1000 RR. Hasilnya, model M baharu menawarkan 205hp pada 13,000rpm dan 112Nm pada 11,000rpm.
Peningkatan kepada sistem ShiftCam juga menyaksikan tork meningkat daripada 10,000rpm kepada 12,000rpm dengan ‘garis merah’ diletakkan pada 14,600rpm berbanding 12,000rpm pada S 1000 R. Berdasarkan rajah tersebut, ini bermakna M 1000 R juga merupakan jentera yang boleh cemerlang di trek lumba.
SELAIN ITU, M 1000 R 2023 INI JUGA DIDATANGKAN DENGAN SPROKET YANG LEBIH PENDEK, 47 BERBANDING 45 PADA S 1000 R.
Gear 4, 5 dan 6 juga lebih pendek supaya M 1000 R lebih mesra ketika menunggang di bandar. Untuk pengalaman yang lebih menarik, BMW M 1000 R ini turut didatangkan dengan Shift Assistant Pro (lebih cepat) sebagai standard. Menariknya, penunggang boleh melaraskan operasi sistem ini sama ada mengikut pertukaran gear konvensional atau gear GP.
Pakej elektronik terdiri daripada empat mod menunggang. Mod tersebut terdiri daripada Rain, Road, Dynamic dan Race. Dalam litar, penunggang boleh memilih untuk mengaktifkan Race Pro 1, Race Pro 2 dan Race Pro 3.
CIRI-CIRI LAIN TERMASUK KAWALAN TRACTION DINAMIK (DTC) YANG TERMASUK PENGHAD WHEELIE, PENGHAD LORONG PIT, KAWALAN PELANCARAN DAN HILL START CONTROL (HSC).
Bagaimanapun, tumpuan utama sudah tentu kepada sayap aerodinamik. Menurut BMW, selain menyerlahkan rupa agresif M 1000 R, winglet itu juga berfungsi untuk menghasilkan ‘downforce’ sehingga 10kg pada kelajuan 218km/j.
Brek dikendalikan oleh cakera brek berkembar 320mm dipadankan dengan angkup brek 4-pot di hadapan dan cakera brek 220mm dengan angkup 1-pot di belakang. Brek juga dikendali dengan ABS Pro dan Brake Slide Assist. Penunggang boleh mengakses maklumat melalui skrin TFT berwarna 6.4 inci.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS