SM SPORT 110E AKAN TERSEDIA DALAM TIGA WARNA DAN DIDATANGI DENGAN WARANTI.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
MForce Bike Holdings memperkenalkan motosikal mampu milik baharu untuk pasaran Malaysia menerusi SM Sport 110E yang boleh didapati pada harga RM3,859.
SM Sport 110E menampilkan enjin 109cc 4 lejang silinder tunggal. Motosikal ini mampu menjana 6.03hp pada 7,500rpm dan 7Nm pada 5,000rpm.
Menurut MForce, motosikal itu didatangkan dengan rim 17 inci dengan 70/90 hadapan dan 80/90 belakang serta dipadankan dengan brek dram. Bukan itu sahaja, motosikal ini juga menawarkan ruang simpanan yang cukup untuk menyimpan barangan peribadi. Ia juga dilengkapi dengan tangki 4L.
Model ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning. Ia juga didatangkan dengan waranti pengeluar selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana terdahulu).
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS