DIDI AUTOMOTIVE AKAN MENGAMBIL ALIH FAST BIKES SDN BHD SEBAGAI PENGEDAR BARU TRIUMPH MOTORCYCLE TAHUN DEPAN.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Triumph Motorcycles secara rasmi mengumumkan Didi Automotive sebagai pengedar terbaharu jenama motosikal UK untuk pasaran Malaysia berkuat kuasa 15 Januari 2023.
Triumph dan Didi Automotive akan bekerjasama dalam menangani import, jualan dan pengedaran Triumph Motorcycles. Kedua-dua akan bekerjasama dalam usaha membangunkan lagi jenama itu di Malaysia.
Syarikat itu akan membangunkan bilik pameran Triumph baharu di Petaling Jaya dan Pulau Pinang. Ini adalah untuk mengendalikan urusan selepas jualan sambil memenuhi keperluan pemilik Triumph sedia ada di Malaysia.
Kedua-dua pusat pameran ini akan menawarkan kemudahan terbaik termasuk kakitangan yang berpengetahuan tinggi dan banyak lagi.
Sebagai salah satu pasaran utama di rantau ASEAN, Didi Automotive akan menawarkan pelbagai model. Ini termasuk varian Classic, Roadster dan Tiger Model untuk pasaran tempatan termasuk model mampu milik seperti Trident 660 dan Tiger Sport 660.
Didi Automotive juga akan menawarkan model baharu hasil kerjasama Triumph-Bajaj di Malaysia.
Untuk rekod, Didi Automotive di bawah naungan Kumpulan Didi turut memasarkan beberapa jenama motosikal lain di Malaysia. Ini termasuk Harley-Davidson, Moto Guzzi, Royal Enfield, Aprilia dan Vespa.
Sebelum ini, Fast Bikes Sdn Bhd telah pun mengesahkan bahawa ia tidak lagi memikul tugas sebagai pengedar Triumph mulai 14 Januari ini dan akan berpindah ke Hong Big Wing.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS