YAMAHA MELANCARKAN AUGUR 155 DENGAN KAWALAN TRACTION DAN PAKEJ ELEKTRONIK YANG MENARIK.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Pasaran skuter di Taiwan adalah antara yang terbesar di dunia kerana permintaan yang tinggi untuk segmen tersebut. Maka tidak hairanlah pasaran skuter semakin berkembang pesat dengan pelbagai jenis model dan jenama untuk memenuhi permintaan ramai.
Baru-baru ini, Yamaha memperkenalkan skuter Augur 155 yang didatangkan dengan spesifikasi yang canggih dan moden.
Yamaha Augur 155 didatangkan dengan lampu LED penuh di depan dan belakang termasuk fungsi DRL (lampu nyalaan siang). Lampu utama di depan juga akan menerangi bahagian tepi apabila membelok sambil memberi tahap keterlihatan yang lebih baik.
Selain itu, pengguna juga boleh menukar warna cahaya daripada putih kepada kuning. Fungsi ini membantu ketika menunggang dalam kabus atau hujan.
Untuk rekod, Yamaha Augur 155 ini menampilkan enjin satu silinder 155cc dengan VVA dan suntikan bahan api. Ia mampu menghasilkan 14.7hp pada 8,000rpm dan 13.8Nm.
Seperti model skuter Yamaha yang lain, Augur 155 juga menggunakan sistem pemula ‘tanpa kunci’ dan dilengkapi dengan fungsi ‘start/stop’.
Aspek keselamatan juga menarik dengan kehadiran ABS dan kawalan cengkaman. Pakej suspensi didatangkan dalam bentuk fork teleskopik hadapan dan monoshock belakang berkembar.
Antara ciri lain yang ditawarkan termasuk tangki 6L, panel meter TFT 4.3 inci dan sambungan Bluetooth.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS