• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Kawasaki Indonesia lancar Ninja ZX-25RR 2023 baharu

Kawasaki Indonesia lancar Ninja ZX-25RR 2023 baharu
Brendan Jeremiah
Oktober 3, 2022

KAWASAKI INDONESIA TELAH MENAMPILKAN NINJA ZX-25R SERBA BARU DAN TIGA VARIANNYA.

Kawasaki Ninja ZX-25RR

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Walaupun ramai menjangkakan ketibaan Ninja ZX-4R, Kawasaki Indonesia mengejutkan ramai dengan memperkenalkan generasi baharu Ninja ZX-25R.

Kawasaki memperkenalkan ZX-25RR sebagai varian ‘flagship’ terbarunya bagi model 4-silinder 250cc untuk 2023.

Untuk rekod, Kawasaki Indonesia memperkenalkan tiga varian secara keseluruhan, termasuk Ninja ZX-25R (Standard), Ninja ZX-25R ABS SE dan Ninja ZX-25RR.

NAMUN, RAMAI YANG TELAH MENGALIH FOKUS KEPADA VARIAN TERATAS, ZX-25RR KALI INI. IA MENAMPILKAN SKRIN TFT YANG BARU MENGGANTIKAN PAPARAN ANALOG DAN DIGITAL PADA MODEL SEBELUM.

Penambahan skrin TFT juga menyaksikan Ninja ZX-25RR menawarkan fungsi ‘lap timer’ seperti yang terdapat pada ZX-10R. Skrin TFT juga boleh disambungkan ke telefon pintar melalui aplikasi Kawasaki Rideology.

Selain itu, Kawasaki Ninja ZX-25RR turut didatangkan dengan Showa Separate Function Fork-Big Piston 37mm dan monoshock belakang BFRC boleh laras yang turut diinspirasikan daripada ZX-10R. Namun, ciri tersebut tidak didapati pada varian Standard dan ABS SE yang masih dilengkapi dengan sistem suspensi yang sama seperti model sebelumnya.

Ketiga-tiga varian juga telah dinaik taraf dengan lampu isyarat jenis LED.

Ciri ‘quickshifter’ juga dikekalkan untuk varian ABS SE dan kini dibawa ke varian ZX-25RR. Walau bagaimanapun, fungsi itu tidak tersedia pada varian Standard.

BUKAN ITU SAHAJA, SISTEM EKZOS JUGA TELAH DIPERBAIKI DAN KINI MENCAPAI TARAF EURO 4.

Namun begitu, Kawasaki Ninja ZX-25RR masih dikuasakan oleh enjin 249.8cc empat silinder DOHC 16 injap dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 51hp pada 15,500rpm dan 22.9Nm pada 14,500rpm.

Menurut Kawasaki Indonesia, versi Standard tersedia dalam warna hitam sahaja manakala varian ABS SE didatangkan dalam dua warna, Candy Persimmon Red dan Metallic Matt Graphite Steel Grey.

Sementara itu, varian teratas, Kawasaki Ninja ZX-25RR hadir dalam warna Lime Green yang menawarkan liveri Kawasaki Racing Team (KRT).

Memandangkan Kawasaki Malaysia melalui pengedar baharunya, MODENAS, mengumumkan ZX-25R akan memasuki pasaran negara pada 2023, kami berharap model tersebut turut menyertai varian ZX-25RR terbaru ini.

telegram follow banner
Related ItemsindonesiakawasakiKawasaki Indonesiakawasaki ninjakawasaki ninja zx-25rrninja zx-25rrUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Oktober 3, 2022
Brendan Jeremiah

Related ItemsindonesiakawasakiKawasaki Indonesiakawasaki ninjakawasaki ninja zx-25rrninja zx-25rrUtama

More in Berita

Honda ADV160 vs Honda Vario 160: Mana Skuter 160cc Terbaik Untuk Anda?

Amzar HazeeqDisember 18, 2025
Read More

Honda Forza 250 vs Yamaha XMAX: Perbandingan Skuter 250cc Popular di Malaysia

Amzar HazeeqDisember 18, 2025
Read More

Skuter di Malaysia Semakin Trending – Ini Yang Anda Perlu Tahu

Amzar HazeeqDisember 17, 2025
Read More

Yamaha MT‑15 vs Suzuki GSX‑S150: Pilihan Naked Sport 150cc di Malaysia

Amzar HazeeqDisember 17, 2025
Read More

Yamaha MT-25 vs Honda CB250R: Naked Bike 250cc Mana Lagi Best?

Amzar HazeeqDisember 16, 2025
Read More

5 Motor Naked Terbaik Untuk Kegunaan Harian: Stylish, Selesa & Praktikal

Amzar HazeeqDisember 16, 2025
Read More

Modenas Z15GT vs Yamaha Y15ZR: Supermoped Mana Lagi Best?

Amzar HazeeqDisember 15, 2025
Read More

5 Motor Terbaik Untuk Kerja Grab, Foodpanda & Lalamove

Amzar HazeeqDisember 15, 2025
Read More

6 Motor Ducati Terbaik Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqDisember 15, 2025
Read More

Beli Motor Guna Loan vs Beli Guna Cash: Mana Lebih Menguntungkan?

Amzar HazeeqDisember 12, 2025
Read More

Motor Ubah Suai RM11,000 Disita JPJ 

Hazique ZairillDisember 9, 2025
Read More

Apa Perlu Buat Bila Motor Tersadai di Tengah Jalan?

Amzar HazeeqDisember 8, 2025
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Modenas Z15GT vs Yamaha Y15ZR: Supermoped Mana Lagi Best?
    BeritaDisember 15, 2025
  • 5 Motor Terbaik Untuk Kerja Grab, Foodpanda & Lalamove
    BeritaDisember 15, 2025
  • Motor Second Hand Mana Yang Paling Reliable & Berbaloi? Ini 5 Model Pilihan Ramai
    BeritaNovember 28, 2025
  • 5 Motor Naked Terbaik Untuk Kegunaan Harian: Stylish, Selesa & Praktikal
    BeritaDisember 16, 2025
  • Honda Forza 250 vs Yamaha XMAX: Perbandingan Skuter 250cc Popular di Malaysia
    BeritaDisember 18, 2025
  • Yamaha MT-25 vs Honda CB250R: Naked Bike 250cc Mana Lagi Best?
    BeritaDisember 16, 2025
  • Insurans Motor Third Party vs First Party: Mana Satu Lebih Baik Untuk Anda?
    BeritaNovember 26, 2025
  • Honda ADV160 vs Honda Vario 160: Mana Skuter 160cc Terbaik Untuk Anda?
    BeritaDisember 18, 2025
  • Honda Forza 250 vs Yamaha XMAX: Perbandingan Skuter 250cc Popular di Malaysia
    BeritaDisember 18, 2025
  • Skuter di Malaysia Semakin Trending – Ini Yang Anda Perlu Tahu
    BeritaDisember 17, 2025
  • Yamaha MT‑15 vs Suzuki GSX‑S150: Pilihan Naked Sport 150cc di Malaysia
    BeritaDisember 17, 2025
  • Yamaha MT-25 vs Honda CB250R: Naked Bike 250cc Mana Lagi Best?
    BeritaDisember 16, 2025
  • 5 Motor Naked Terbaik Untuk Kegunaan Harian: Stylish, Selesa & Praktikal
    BeritaDisember 16, 2025
  • Modenas Z15GT vs Yamaha Y15ZR: Supermoped Mana Lagi Best?
    BeritaDisember 15, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Yamaha YZF-R25 dan MT-25 kini tersedia dalam warna baharu
Ducati Multistrada V4 Rally baharu diperkenalkan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat