DIPERKENALKAN DI INDONESIA PADA 2016, HONDA CBR250RR SPORTSBIKE AKAN MENERIMA KEMASKINI MENJELANG PELANCARANNYA DI INDONESIA TAHUN DEPAN.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Honda CBR250RR sememangnya menjadi pilihan ramai penunggang motosikal terutamanya bagi mereka yang baru mengenali jentera 250cc dan ke atas.
Diperkenalkan secara global pada 2016 sebelum dinaik taraf pada 2020, motosikal ‘sportsbike’ daripada Honda terus menerima kemas kini terkini untuk 2023 di Indonesia.
Menurut laporan, Honda CBR250RR 2023 akan didatangkan dalam tiga varian di Indonesia iaitu Standard, SP dan SP QS.
Selain itu, CBR250RR 2023 ini menampilkan panel badan baharu yang kelihatan lebih komprehensif berbanding generasi sebelum. Bahagian ekor belakang juga telah menerima kemas kini dan kelihatan lebih sporty dan agresif.
Enjin kembar selari 249.7cc juga telah dinaik taraf dan kini mampu menghasilkan 42PS (41.4hp) pada 13,000 rpm dan 25Nm pada 11,000rpm berbanding 40.23hp dan 25Nm sebelum ini.
CBR250RR terkini kini mendapat fork SFF-BP (Separate Fork Function Big-Piston) Showa terbalik. Bahagian belakang dilengkapi dengan monoshock boleh laras pramuat dan swingarm Pro-Link Honda.
Jarak roda juga telah dipendekkan, kini 4 mm lebih pendek pada 1,385 mm berbanding 1,389 mm. Ini membolehkan pengendalian yang lebih cepat dan lebih terkawal.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS