HONDA AKAN MELANCARKAN TRANSALP 750 DAN HORNET 750 TIDAK LAMA LAGI TETAPI TERDAPAT SPEKULASI ADA DUA LAGI MODEL AKAN DATANG.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Honda akan memperkenalkan beberapa model dengan enjin 750cc tidak lama lagi. Model yang dimaksudkan ialah Transalp 750 serta Hornet 750 dengan kedua-duanya telah disahkan melalui dokumen dan tanda nama yang telah difailkan oleh Honda di beberapa negara di Eropah dan Asia.
Manakala, laporan terbaru majalah motosikal Jepun, Young-Machine mendakwa Honda tidak akan berhenti setakat itu malah akan memperkenalkan dua lagi model 750cc.
Menurut laporan, Honda juga akan memperkenalkan CBR750RR dan Hawk 75.
Keempat-empat model itu akan dikuasakan oleh enjin 750cc serba baharu dan bukannya platform yang sama yang digunakan pada X-ADV 750, Forza 750 dan NC750X.
Transalp 750 mengisi ruang antara CB500X dan CRF1100L dan Hawk 75 akan jauh lebih berpatutan daripada Hawk 11 yang diperkenalkan awal tahun ini.
Sementara itu, CBR750RR juga mungkin merupakan jawapan Honda untuk bersaing dengan Yamaha R7 serta Aprilia RS660.
Apa yang boleh disahkan pada ketika ini ialah Honda akan memperkenalkan Hornet dan Transalp 750 hujung tahun ini manakala status CBR750RR dan Hawk 75 masih belum jelas. Walaupun begitu, memandangkan ketepatan Young-Machine, pembaca boleh berharap dengan ketibaan dua model baharu.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS