APRILIA RSV4 1100 SERBA BAHARU DIDATANGKAN DENGAN AERODINAMIK YANG LEBIH BAIK DAN TORK YANG LEBIH SEDIKIT, SERTA BREK ENJIN BOLEH LARAS.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Setahun sejak pelancaran globalnya pada Mac 2021, Aprilia RSV 1100 Factory 2022 kini telah dilancar di Malaysia.
Distributor Didi Group telah lancar model terkini pada harga RM169,00 di Ipoh Bike Big Pitstop dan Velocity Motorshow. Pelancaran ini dihadiri oleh Menteri Besar Ipoh, Dato ‘Rumaizi bin Baharin dan Pengarah Urusan Didi Group, Goh Kian Sin.
Bagi tahun 2022, RSV4 1100 Factory ini telah menerima beberapa peningkatan terutamanya bagi bahagian aerodinamik.
Selain tork yang lebih tinggi, ‘enjin brek’ juga kini boleh dilaraskan manakala ECU 11MP Magneti Marelli kini menawarkan tiga mod ‘ABS cornering’ dan pemetaan enjin baharu.
Selain itu, tekanan peti udara kini meningkat 7 peratus dan penunggang kini menghadapi rintangan angin 11 peratus lebih rendah.
Sistem suspensi juga dipertingkatkan dengan bantuan suspensi separuh aktif Ohlins Smart EC 2.0 yang menawarkan tiga mod; A1 untuk kegunaan litar, A3 untuk kegunaan jalan raya dan mod A2 antara mod A1 dan A3.
Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 kini dikuasakan oleh enjin V4 65 darjah, 1099cc yang mampu menghasilkan 217hp @13,000rpm dan 125Nm @10,500rpm.
Motosikal itu turut didatangkan dengan brek depan Brembo Stylema, Bosch 9.1 ABS, dan enam mod tunggangan iaitu tiga mod litar dan tiga mod jalan raya.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS