SPY SHOT TERKINI KTM 990 DUKE MENANDAKAN IA AKAN DILANCAR TIDAK LAMA LAGI.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Populariti KTM semakin meningkat sejak syarikat motosikal Austria itu memperkenalkan enjin kembar selari LC8 padat pada 2017.
Sejak itu, enjin 790cc telah berkembang kepada 889cc sebelum KTM menaik taraf enjin kepada versi ‘R’ yang menyaksikan kuasa meningkat daripada 105hp ke 119hp. Bagaimanapun, KTM tidak berhasrat untuk berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya, enjin LC8 890cc sekali lagi akan mengalami satu lagi perkembangan.
‘Spy shot’ terbaru yang diambil di kilang KTM yang terletak di Mattighofen mengesahkan perkara itu apabila ia memaparkan jentera ‘naked’ terbaru yang didakwa sebagai KTM 990 Duke.
Seperti namanya, KTM 990 Duke ini akan dikuasakan oleh enjin LC8 kembar selari 990cc yang dibangunkan daripada platform 889cc sedia ada, tetapi dengan ‘bore’ dan ‘stroke’ yang lebih besar dan lebih panjang.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, 990 Duke bukan sahaja akan tampil dengan enjin baharu malah reka bentuk dan spesifikasi berbeza berbanding generasi 890.
Walaupun 990 Duke akan menawarkan perubahan besar, enjin LC8 dijangka kekal dengan crankshaft 285 darjah yang setara dengan enjin V-Twin 75 darjah.
Dengan enjin yang lebih besar, 990 Duke dijangka menawar kuasa lebih dari 130hp.
Namun, 990 Duke juga dijangka hadir dengan kerangka lebih ringan dan lebih padat baharu termasuk panel badan yang berbeza. Kerangka belakang juga kelihatan lebih terdedah.
Walaupun lampu depan kelihatan menarik-seolah-olah serupa dengan GSX-S1000-tetapi difahamkan bukan rupa sebenar yang akan digunakan.
Buat masa ini, maklumat dan spesifikasi yang lebih terperinci masih kabur tetapi melihat kepada perkembangan model terdahulu, 990 Duke dijangka akan didedahkan pada hujung tahun ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 2023.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS