SELEPAS BEBERAPA BULAN, SUZUKI MALAYSIA AKHIRNYA MENGESAHKAN IA AKAN MENDEDAHKAN MODEL 150CC, GSX-R150 TIDAK LAMA LAGI.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Perkara itu disahkan menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook Suzuki Malaysia yang mendedahkan GSX-R150 akan tiba dalam masa terdekat.
Menurut perkongsian itu, Suzuki turut membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar minat mereka terhadap model terbaharu itu.
Suzuki GSX-R150 merupakan satu daripada tiga model 150cc yang akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan diikuti GSX-S150 dan Belang R150.
Selepas ia dilancar, motosikal itu akan bersaing dengan dua lagi jenama Jepun di Malaysia, Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R.
GSX-R150 dikuasakan oleh enjin DOHC satu silinder 147.3cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 19hp @10,500rpm dan 14Nm @9,000rpm.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS