PASUKAN DUCATI LENOVO TIBA DI JERMAN UNTUK GP KELAPAN MEREKA.
Dengan GP Jerman hujung minggu ini, para pelumba pasukan Ducati Lenovo Jack Miller dan Francesco “Pecco” Bagnaia menyasar untuk prestasi gemilang di Sachsenring.
Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!
Trek ini merupakan trek paling pendek dalam kejuaraan ini dengan 3.7km dan telah berada dalam kalender sejak 1998. Ia menjadi tuan rumah MotoGP untuk 22 tahun berturut-turut dan hanya terlepas satu tahun oleh kerana pandemik Covid-19. Dalam edisi lalu, GP Jerman, Ducati telah menang hanya satu kali dengan Casey Stoner pada 2008. Pasukan tersebut juga mencapai sejumlah lima kedudukan podium di Sachsenring, yang paling baru pada tahun 2016 bersama Andrea Dovizioso (ketiga).
Selepas tujuh pusingan pertama musim 2021, Ducati berada di kedudukan kedua dalam Kejuaraan Constructors, sementara Pasukan Ducati Lenovo berada di tempat kedua dalam klasifikasi Pasukan.
JACK MILLER (DUCATI LENOVO TEAM)
“Setelah hampir dua tahun, kami kembali berlumba di Jerman, di Sachsenring. Ini adalah trek yang sangat pelik, dan juga terpendek dalam kalendar. Ducati bukan salah satu kegemaran di litar ini, tetapi tahun ini kami berjaya bersaing walaupun di trek yang semestinya sukar bagi kami. Kami mempunyai satu lagi hujung minggu yang baik di Catalunya, dan perasaan saya dengan GP Desmosedici masih baik, jadi saya yakin bahawa saya dapat berjuang untuk satu lagi keputusan yang baik di Grand Prix ini.”
FRANCESCO BAGNAIA (DUCATI LENOVO TEAM)
“Kami berada di pusingan kelapan musim dan perlumbaan kedua sebelum rehat musim panas. Ini adalah saat yang sangat penting untuk Kejuaraan, dan sangat penting untuk mendapatkan keputusan yang baik pada hujung minggu ini. Sachsenring pastinya bukan salah satu trek terbaik untuk spesifikasi motosikal kami, tetapi saya yakin dapat melakukannya dengan baik tahun ini. Saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengan pasukan saya.”
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS