UJIAN RASMI MUSIM SEJUK MOTOGP DI SEPANG TELAH DIBATALKAN KERANA WABAK COVID-19 DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG BARU DIUMUMKAN DI MALAYSIA.
FIM, IRTA dan Dorna Sports baru mengumumkan pembatalan Shakedown Test 2021 dan Official Sepang Test yang ditetapkan untuk berlangsung bulan depan, Februari 2021. Kedua-dua acara itu dibatalkan berikutan kenyataan terkini oleh kerajaan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula dari 13 sehingga 26 Jan ini untuk mengekang penularan COVID-19.
Sebaliknya, untuk Qatar Test, pihak penganjur mengumumkan bahawa acara tersebut akan berlangsung di Losail International Circuit dari 10 hingga 12 Mac 2021 dan jika ada perubahan, ia akan dikemas kini tidak lama lagi.
KENYATAAN RASMI:
UJIAN RASMI SEPANG FEBRUARI DIBATALKAN
UJIAN PERTAMA 2021 DIJADUALKAN UNTUK BULAN DEPAN
FIM, IRTA dan Dorna Sports menyesal mengumumkan pembatalan kedua-dua Shakedown Test dan Official Sepang Rasmi.
Pandemik Covid-19 yang berterusan dan penutupan serta komplikasi yang berlaku telah mewajibkan pembatalan kedua-dua acara tersebut; yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia pada bulan Februari.
Ujian di Qatar yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail dari 10 hingga 12 Mac masih kekal setakat ini dan sebarang kemas kini atau perubahan akan diumumkan secepat mungkin. Kejohanan Dunia MotoGP akan bermula dengan Qatar GP di Litar Antarabangsa Losail dari 26 hingga 28 Mac depan.
Sumber: MotoGP
Untuk kemas kini lebih lanjut, ikuti saluran Telegram kami!
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS