MANGSA BANJIR YANG DOKUMEN MEREKA ROSAK ATAU HILANG BOLEH MENDAPAT SALINAN GANTI SECARA PERCUMA FLOOD VICTIMS WHO LOST OR DAMAGED THEIR IMPORTANT JPJ DOCUMENTS CAN GET A REPLACEMENT COPY FOR FREE.
Untuk membantu masyarakat yang dilanda banjir, JPJ menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen percuma untuk mangsa-mangsa banjir. Dokumen penting JPJ yang hilang atau rosak seperti Lesen Kenderaan Bermotor (LKM), Lesen Memandu / Menunggang Malaysia (LMM) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) kini boleh mendapat salinan ganti secara percuma.
JPJ akan menjalankan perkhidmatan ini sehingga 15 April 2021 di kaunter bergerak JPJ yang terletak di kawasan terpilih, terutamanya berhampiran Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut kenyataan JPJ, pemilik dokumen tersebut harus membawa dokumen yang rosak untuk mendapatkan salinan ganti. Sebaliknya, mereka yang kehilangan salah satu dokumen yang disebutkan harus membuat laporan polis dan menyerahkan laporan itu sebagai bukti untuk mendapatkan salinan ganti.
Sumber: Astroawani
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS