KTM TELAH MENDEDAHKAN 7 MODEL OFF-ROAD BAGI 2021 UNTUK KAMI NIKMATI.
Barisan off-road KTM 2021 merangkumi tujuh model, dua dual sport, dua off-road empat-lejang, dan tiga off-road dua lejang suntikan bahan api. Ini bukan tahun baik pulih besar bagi KTM oleh kerana kemas kini agak sedikit. Mari kita lihat setiap kategori.
2021 KTM 500 EXC-F dan 350 EXC-F
Satu-satunya kemas kini teknikal pada EXC-F 500 dan 300 adalah pada fork WP Xplor. Ia kini mempunyai penyesuaian luaran preload spring untuk memudahkan perubahan ketinggian jentera. Juga terdapat grafik baru.
KTM 500 EXC-F 2021 kembali dengan motor SOHC manakala KTM 350 EXC-F 2021 masih sambung dengan motor DOHC. Sebelum ini, EXC-F mempunyai suspensi WP di dua-dua hujung dan merupakan dual-sport mount berprestasi tinggi.
2021 KTM 500 XCF-W dan 350 XCF-W
Seperti EXC-F. barisan XCF-W mendapat pelaras luaran preload spring untuk fork WP Xplor 48mm yang seiras dengan penyerap hentak WP Xplor yang mengguna redaman progresif dan bukannya linkage system.
Enjin XCF-W mempunyai reka bentuk asas seperti EXC-F tetapi KTM 500 XCF-W dan 350 XCF-W 2021 tidak mempunyai EPA. Ini adalah jentera khas untuk perlumbaan off-road dan mereka juga mendapat grafik baru untuk 2021.
2021 KTM 300 XC-W TPI, 250 XC-W TPI, dan 150 XC-W TPI
Seperti empat lejang, berita besar untuk ketiga-tiga jentera dua lejang suntikan bahan api adalah penyesuaian preload spring yang lebih senang untuk fork WP Xplor. Seperti thumpers, casis XC-W TPI mempunyai penyerap hentak WP Xplor yang mengguna sistem redaman progresif (Progressive Damping System).
KTM 150 XC-W TPI 2021 mendapat omboh baru tahun ini yang KTM mendakwa menghasilkan lebih kuasa dan meningkatkan kebolehpercayaan. Kesemua tiga jentera dua lejang mempunyai pam minyak elektronik jadi gas dimasukkan dalam tangki 9 liter. Penghidupan elektrik mengurangkan keletihan di laluan teknikal di mana kebanyakan enjin akan terhenti.
Barisan off-road KTM 2021 akan tersedia pada musim panas dan harga masih belum ditentukan.
Galeri gambar Barisan off-road KTM 2021
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS