MENURUT BEBERAPA SUMBER YAMAHA DILAPORKAN SEDANG MEMBANGUN RANGKAIAN ENJIN PENGECAS TURBO YANG AKAN KUASAI BARISAN MOTOSIKAL DALAM BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG.
Sistem induksi paksaan (forced induction) seperti pengecas turbo sudah menjadi amalan biasa bagi pengeluar kereta untuk mengurangkan emisi dan penggunaan bahan api. Bagi motosikal, pengecas turbo telah digunakan sejak 80-an oleh beberapa pengeluar motosikal juga. Pada 80-an Z1R TC oleh Kawasaki mula penggunaan spool bagi motosikal. Kemudian Honda CX500 Turbo dan Yamaha XJ650T turut mengikuti trend tersebut.
Menurut Motorcycle News, Yamaha mula membangun teknologi pengecas turbo seawal 2007 dan telah bereksperimen dengan dua susun atur. Konfigurasi pertama sedikit ganjil dengan pengecas turbo diletak dalam ekzos. Bagi konfigurasi kedua pula, Yamaha cuba susun atur konvensional dengan pengecas turbo terletak dekat pada manifold ekzos. Namun, beberapa sumber mendakwa Yamaha memilih konfigurasi kedua kerana ia menjimatkan kos dan tujuan bungkusan.
Tujuan Yamaha membangun barisan enjin pengecas turbo adalah untuk menyuntik lebih kuasa tanpa menurunkan peraturan emisi. Menurut sumber, Yamaha kini berada di tahap akhir pembangunan dan motosikal pengecas turbo Yamaha pertama dijangka keluar pada 2021.
PATEN ENJIN TURBO YAMAHA
Sekiranya anda tidak tahu, pada bulan April tahun lalu, Yamaha mengemukakan permohonan paten untuk mesin enjin pengecas turbo kembar selari. Enjin ini sebenarnya berdasarkan enjin tiga silinder 847cc Yamaha MT-09. Mengubah enjin tiga silinder menjadi enjin dua silinder mengurangkan kapasiti ke 565cc; yang sedikit lebih kecil daripada jentera silinder kembar 689cc MT-07. Walau bagaimanapun, menambah pengecas turbo ke enjin kembar selari meningkatkan kuasa sekurang-kurangnya 30%. Walaupun kapasiti enjin baru lebih rendah, pada kelajuan lebih rendah enjin ini mampu membawa ke tahap pelepasan yang lebih rendah dan kecekapan bahan bakar yang lebih baik.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS