DAPAT REBAT RM1,000 UNTUK MODENAS DOMINAR D400 DENGAN KEMPEN BARU MODENAS DOMINASI IMPIANMU!
Awal Mac 2020, MODENAS mengumumkan lebih daripada 10% pengurangan harga bagi Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400. Harga bagi Dominar D400 dikurangkan dari RM15,488 ke RM13,788.
Tambahan pula, MODENAS baru mengumumkan rebate RM1,000 lagi bagi Modenas Dominar D400 dengan kempen terkini mereka, MODENAS Dominasi Impianmu.
Kini Dominar D400 adalah RM12,788! Itu adalah RM2,700 kurang daripada harga asal. Kempen ini yang bermula dari 2 Mei akan berlangsung hingga Hari Merdeka, 31 Ogos 2020 dan akan menawar rebate tunai Rm1,000 bagi para pembeli motosikal touring Modenas Dominar D400.
Modenas Dominar D400 datang dengan pelbagai perkakasan premium seperti rangka keluli kuat dan ringan dan ekzos bawah badan unik untuk memberi kestabilan tambahan dan kawalan motosikal lebih baik semasa menikung. D400 dengan berat 182kg mendapat kuasanya dari enjin silinder tunggal suntikan minyak DTS-i
sejukkan cecair. Enjin ini dipasang pada kotak gear enam-kelajuan yang menjana 35PS kuasa maksimum @ 8,000 rpm dan 35NM tork @ 6,500 rpm. Bagi brek pula, D400 mengguna caliper dual-piston 320mm di depan dan kaliper piston tunggal 230mm di belakang. Kerja suspensi dilakukan oleh fork teleskopik depan 43mm dan bahagian belakang pula oleh mono-shock multi-step boleh laras.
Varian ini tersedia dalam tiga warna dan dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, mana yang lebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Modenas Malaysia.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS