JAWAPAN HONDA KEPADA KAWASAKI EMPAT SELARI ZX-25R YANG DEBUT TAHUN LEPAS ADALAH HONDA CBR250RR 2020. MODEL BARU INI MEMPUNYAI LEBIH KUASA BERBANDING DENGAN MODEL TERKINI. JUGA UNTUK 2020, HONDA TELAH MENAMBAH LEBIH CIRI BARU DAN SKEMA WARNA PUTIH.
Kategori sportbike 250cc semakin kembali ke asal-usul mereka pada 90-an. Terutamanya dengan ketibaan Kawasaki ZX-25R yang memberi para penunggang pengalaman legenda ZXR250 90-an.
Kawasaki 250cc didedahkan di Tokyo Motor Show tahun lepas. Pesaing utama, Honda CBR250RR tahun ini menonjol lebih banyak kuasa, ciri-ciri tambahan dan skema warna baru menurut khabar angin.
Laman web Jepun, Young Machine, baru-baru ini menunjuk beberaoa gambar dan spek tentang Honda CBR250RR 2020. Semasa perbincangan untuk peniaga Honda, maklumat mengenai Honda CBR250RR 2020 dibocorkan.
MAKLUMAT BOCOR
Menurut Young Machine, model 2020 terkini akan menjana 41 hp dari enjin kembar selari 249.7cc yang adalah 3hp lebih berbanding dengan jentera terkini yang menghasil 38.2hp @ 12,500 rpm. Ini membuat CBR250RR dua silinder sebagai pesaing utama ZX-25R.
Ciri-ciri baru tentang jentera 2020 menurut khabar angin ialah ia mempunyai quick shifter dengan auto-blipper, klac jenis slipper dan teknologi kunci pintar (smart key). Tambahan pula, ia memaparkan skrin paparan LCD, sama seperti yang terdapat pada CBR500R.
Selain itu, motosikal ini akan mempunyai sambungan throttle dengan wayar dengan tiga mod tunggang (Comfort, Sport, dan Sport+) seperti model sebelum. Bagi ABS, ia masih tidak jelas jika Honda akan menghasil varian ABS dan non-ABS.
Untuk skema warna, ada kemungkinan besar motosikal ini akan keluar dengan roda emas sebagai asas dan tiga pilihan warna: hitam, HRC Tricolour, dan putih dengan rangka merah.
Dari segi harga pula, menurut Young Magazine, mere jangka warna hitam asas akan mempunyai tanda harga 847,000 Yen dan 880,000 Yen bagi varian Tricolour. Menurut maklumat-maklumat bocor, Honda CBR250RR 2020 akan keluar pada Julai 2020.
Model sebelum secara rasmi hanya tersedia di Indonesia, Japan, Hong Kong, Macau dan Thailand. Kami berharap Boon Siew Honda akan membawa model 2020 ke Malaysia tahun ini.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS