PELUMBA PORTUGIS MENYERTAI PASUKAN DARI INDIA DAN AKAN CUBA UNTUK MEMENANGI DAKAR RALLY BAGI HERO MOTORSPORTS.
Pasukan off-road dari India Hero Motorsports telah mengesahkan bahawa pelumba Portugis Paulo Gonçalves akan menyertai pasukan mereka. Setelah memenangi kejuaraan FIM Cross-Country pada 2015, dan mendapat tempat kedua pada Dakar Rally 2015, Paulo Gonçalves akan membawa pengalamannya kepada pasukan ini dan bermatlamat untuk mengambil Hero Motorsports ke kemenangan Dakar.
Dipelopori pada 2016, pasukan Hero Motorsport Rally telah mendapat pengalaman semasa bersaing dalam perlumbaan off-road yang sangat mencabar, terutamanya dalam Dakar Rally. Pada perlumbaan Amerika Selatan ini, Hero Motorsports telah berjaya selesai dalam kedudukan 10 ke atas dua kali, dan keputusan terbaik dicapai pada Merzouga Rally dimana mereka memenangi perlumbaan tersebut.
Paulo Gonçalves selama ini telah berlumba untuk pasukan factory Honda Dakar tetapi memutuskan sudah tiba waktunya untuk berubah dan mencuba cabaran baru.
“Saya berjanji untuk memberikan segala-galanya untuk bersedia dan berjuang untuk kedudukan teratas bagi pasukan saya. Hero MotoSports telah melakukan kerja yang sangat baik dalam beberapa musim terakhir dan pasukan muda ini telah menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi untuk memenangi perlumbaan besar. Saya ingin memainkan peranan saya dalam membawa kemenangan ini kepada pasukan. Dengan penuh semangat dan emosi, terima kasih sekali lagi kepada pasukan dan saya sangat teruja untuk bermula”.
Sementara itu, Wolfgang Fischer. Ketua Hero MotoSports Team Rally kata, “Kami amat gembira dengan penyertaan Paulo Gonçalves ke dalam pasukan muda kami. Untuk mendapat perhatian salah satu atlet rali yang dihormati adalah satu dorongan besar untuk pasukan kami dan merupakan satu pengesahan bahawa kami dianggap sebagai salah satu pasukan teratas dalam sukan ini. Pengalamannya dalam beberapa kemenangan serta penyertaannya dalam Dakar Rally akan membenarkan kami untuk mencapai tahap daya saing yang seterusnya. Kami ingin mengalu-alukan Paulo ke pasukan ini sekali lagi dan berharap dia berjaya dengan Hero MotoSports Team Rally”.
Pasukan Hero Motorsports Rally Team baru kini selesai dengan salah satu pelumba rali terbaik di dunia. Paulo Gonçalves menyertai rakan sepasukan yang lain, CS Santosh, Joaquim Rodrigues dan Oriol Mena.
Pasukan Hero Motorsports Rally Team sedang bersedia untuk perlumbaan seterusnya di Silkway Rally, yang akan berlangsung di Julai dan akan meliputi beberapa litar di Russia, Mongolia dan China.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS