Motosikal kustom adalah satu ciptaan yang sentiasa dikagumi. Anda mampu puas hati dengan reka bentuk biasa tetapi kenapa pilih biasa jika anda mampu jadi luar biasa? Memang tidak dinafikan kami di iMotorbike mempunyai obsesi terhadap reka bentuk kustom dan motosikal konsep. Kali ini, kami berikan anda Honda CB1000R yang telah diubahsuai dari kumpulan Swiss supergroup, Gannet Design dan Fuhrer Moto.
Pertama sekali, jentera ini amat futuristik. Reka bentuk motosikal ini seolah-olah dari cerita sci-fi. Pereka utama Gannet, Ulfer Janssen, menyatakan bahawa objektif utama pasukannya adalah untuk menghasilkan satu rupa yang baru. Mereka melakukannya dengan mengubah keseimbangan dan kedudukan hendal tetapi tidak mengubah keseluruhan komponen asasnya. Motosikal ini juga mempunyai bahagian karbon berprestasi tinggi melalui kerjasama dengan 442 Corse.
Stefan Fuhrer mengambil kerja pembangunan motosikal ini bersama pasukannya di Fuhrer Moto. Bekas mekanik MotoGP mengubah motosikal ini dengan memasang milling kustom kepada triple clamp untuk menjadikannya lebih ringan. Seterusnya dia memberi motosikal ini fairing kaca gentian. Ia mempunyai fork depan dari CeraCarbon Racing serta sprocket kustom. Roda adalah roda serat karbon berprestasi tinggi oleh Rotobox. Honda CB1000R kustom ini juga dilengkapi dengan penapis udara K&N. Ia mempunyai ekzos yang telah tingkatkan dengan titanium dan bekas serat karbon dari Akrapovic.
Gaya motosikal ini adalah ciri yang paling menarik. Kemasan camo adalah karya lukisan oleh Walter Oberli, yang secara berperingkat membina tujuh lapisan lacquer untuk menyalurkan kesan akhir. Ini memberikan motosikal ini gaya moden dan sporty.
Honda ‘CB1000R-adical’ Neo Racer kustom akan membuat penampilan seterusnya di The Reunion di Monza dan Glemseck 101 tahun ini.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS