Kadangkala anda mampu mendapati motosikal di tempat yang tidak dijangka dan ini adalah salah satu daripada masa tersebut apabila polis menjumpai sebuah motosikal Harley-Davidson yang telah tenggelam dalam air Intracoastal Canal di Amerika.
Motosikal tersebut adalah versi Road Glide yang berwarna oren, namun, lumpur serta rumpai menjadikannya agak sukar untuk dilihat.
Pihak Polis sedang cuba untuk mengenal pasti pemilik H-D Road Glide ini dan mereka ingin tahu sebab motosikal ini berada di bawah canal tersebut. Manakala, pihak polis tidak mempunyai tugas yang mudah untuk mengenal pasti pemilik motosikal ini oleh kerana nombor pendaftaran telah pun dipadamkan dan menjadikan keadaan keseluruhan ini lebih mencurigakan.
Jika motosikal ini memang dicuri, seperti yang dipercayai ramai, pemilik sebenar Harley ini tentu akan gembira untuk mendapat balik motosikalnya jika pihak polis boleh mengenal pasti pemiliknya.
Tetapi berita buruk adalah enjin V-twin tidak akan berfungsi lagi dan ia akan memerlukan banyak masa dan wang dari pemilik untuk membina enjin ini dari asal serta keseluruhan komponen Road Glide ini perlu dipulihkan.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS