Niat Harley-Davidson amat jelas dengan syarikat Amerika ini mencari cara baru untuk mendapat penunggang baru bagi motosikal H-D mereka. Sejak beberapa tahun ini, Harley telah mendapati umur pelanggan setia mereka semakin meningkat dan keadaan mereka tidak akan bertambah baik jika Harley tidak mempunyai pelan baru.
Revolusi tersebut bermula dengan model 2019 baru seperti FXDR 114, yang telah mendapat ulasan yang penuh dengan pujian dari penunggang di seluruh dunia dan akan berterusan apabila Harley-Davidson melancarkan LiveWire.
Tetapi, revolusi ini juga akan menyelesaikan masalah untuk mendapat penunggang baru ke Harley-Davidson.
Dengan itu, pengilang Milwaukee telah memulakan kerja mereka pada motosikal baru dan berkapaciti rendah. Majalah Young Machine turut menunjukkan gambar yang kelihatan seperti motosikal kapaciti rendah Harley-Davidson untuk pasaran Asia : XR250.
Walaupun gambar tersebut dijana oleh komputer, namun ciri-cri pada motosikal dalam gambar itu amat terperinci bahawa ia kelihatan seperti majalah Japan tersebut mendapat maklumat dalaman yang telah membernarkan mereka untuk mereka gambar yang serias dengan apa yang akan menjadi versi pengeluaran motosikal ini.
Kami jangka enjin silinder tunggal motosikal ini akan mempunyai kapasiti sebanyak 250cc dan akan dipasang oleh TVS Motors.
Sudahkah Harley-Davidson menemui cara baru untuk menarik penunggang muda kepada keluarga H-D?
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS