Piala dunia baru FIM MotoE sudah pun berjanji untuk menjadi sangat menarik dengan kebanyakan pasukan serta penunggang terkenal bersaing dalam piala dunia yang pertama untuk motosikal elektrik. Walaupun ramai beranggapan bahawa kelas ini adalah untuk bakat baru, ada sesetengah yang berfikir ini adalah peluang yang sempurna untuk berlumba lagi!
Itulah hakikatnya bagi bekas pelumba MotoGP Sete Gibernau.
Pelumba Sepanyol ini telah mengumumkan pengembalian beliau di peringkat dunia, terutamanya untuk piala dunia FIM MotoE setelah mencapai persetujuan dengan Pons Racing. Gibernau, bekas pemenang dan naib johan perlumbaan MotoGP telah dipilih oleh Sito Pons untuk menunggang motosikal pasukan mereka, Energica Ego.
Pada usia 46, Sete Gibernau tidak semuda penunggang lain yang menyertai perlumbaan motosikal elektrik pada tahun 2019. Namun demikian, Sito Pons mempunyai keyakinan bahawa pelumba Sepanyol ini masih mampu mendapat kemenangan untuk pasukannya bagi piala dunia MotoE 2019 yang terdiri daripada lima perlumbaan.
Semasa persaraannya, Sete Gibernau telah memberi bimbingan kepada beberapa pelumba MotoGP. Perlumbaan terakhir beliau adalah pada tahun 2009 bagi perlumbaan Laguna Seca. 10 tahun kemudian, Gibernau akan bersaing sekali lagi dengan pelumba terkenal yang lain.
Penunggang lain yang telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk Randy de Puniet dan Niccolo Canepa, yang akan berlumba untuk pasukan LCR yang diurus oleh Lucio Cecchinello. Dengan pengesahan dari De Puniet dan Canepa, kami sudah mengenalpasti nama 12 daripada 18 pelumba yang akan menyertai piala dunia FIM MotoE 2019.
Ini adalah senarai terkini bagi pasukan serta pelumbanya
Pramac Racing – Josh Hook; Alex De Angelis
Tech 3 – akan diumumkan
LCR – Randy De Puniet; Niccolò Canepa
Ángel Nieto Team – Nico Terol; María Herrera
Gresini Racing – Matteo Ferrari; akan diumumkan
Reale Avintia -Eric Granado; Xavier Simeon
Marc VDS – akan diumumkan
Pons Racing – Sete Gibernau
SIC58 Squadra – akan diumumkan
Intact GP – Jesko Raffin
Ajo Motorsport – akan diumumkan
SIC Racing – Bradley Smith.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS