Dengan pembukaan World Ducati Week semakin menghampiri – July 20 – 22-, jenama Itali kerap memberi maklumat tentang acara Ducatisti di Misano World Curcuit Marcon Simoncelli, Itali.
Seperti dijangka, edisi ke-10 WDW akan meraikan ketibaan Monster, motosikal sports naked ( tidak mempunyai fairing) yang sering memberi penunggang pengalaman yang unik selama 25 tahun ini.
Di WDW, para peminat Monster boleh mengagumi motosikal yang diubahsuai dengan menghadiri “Ducati Garage Contest” yang sering dianjur sejak tahun 2002 dan tahun ini ditempah terutamanya untuk “Monsteristi”. Ahli juri untuk pertanding ini terdiri daripada para juruteknik, penunggang dan pelawat yang hadiri WDW.
Dengan model ikonik ini, “Monster Village” tentu akan menjadi tumpuan utama acara ini. Selain itu, sejarah motosikal Monster boleh dijejaki dalam litar perlumbaan Misano yang bermula dengan Monster 900 dari tahun 1993 yang kini sedang dipamerkan di Ducati Museum di Borgo Panigale.
Akhirnya, Ducati juga akan memasang sebuah studio gambar di mana Monsteristi boleh merancang untuk mengambil gambar motosikal Monster mereka dengan juru gambar rasmi Ducati.
World Ducati Week merupakan suatu acara antarabangsa dan tahun ini terdapat sebanyak 266 DOCs (Desmo Owners Club) yang telah mengesahkan kehadiran mereka untuk acara ini. Oleh sebab acara ini merupakan acara antarabangsa, Ducati sedia menerima para peserta dari mana saja di International Village.
Untuk sesiapa yang berminat untuk menghadiri acara World Ducati Week di Misano boleh muat turun aplikasi mereka daripada Apple Store ataupun Play Store (iOS dan Android). Aplikasi WDW ini mengandungi segala maklumat terkini tentang acara ini.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS