Syarikat minyak dan gas terbesar Malaysia – Petronas – telah pun menandatangani sebuah perjanjian baru untuk tiga tahun dengan promoter MotoGP, Dorna. Melaui perjanjian baru ini, Petronas kini bekerjasama dengan GP Malaysia dan Thailand sehingga akhir musim 2020.
Petronas meluaskan lagi jenama mereka kepada berjutaan peminat MotoGP dengan lebih banyak iklan di litar Sepang dan Chang.
Penglibatan mereka bermula sejak awal tahun 2000 dengan beberapa projek yang sedang diruruskan seperi Moto3 Junior World Championship, Moto3, Moto2 dan MotoGP class. Petronas juga akan menjadi penaja utama bagi pasukan MotoGP malaysia yang pertama dengan pakaian SIC-Petronas Yamaha yang akan ditampilkan pada musim depan.
Petronas pastinya akan menjadi tumpuan utama di dua acara besar pada musim tersebut. MotoGP buat pertama kalinya diadakan di Buriam pada 5 hingga 7 October dan bakal beralih ke Malaysia pada 2 hingga 4 November di Sepang.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS