Bukan sekadar laju, tapi gaya dan rupa yang buat semua orang perasanm, termasuk awek.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Jujur cakap, bila tengok motor, benda pertama yang orang nampak bukanlah spec atau horsepower… tapi rupa. Design, stance, warna—semua ni main peranan besar untuk tarik perhatian.
Tak kisah la anda ride pergi kerja, lepak mamak atau weekend ride, ada beberapa motor yang memang ada “aura” tersendiri. Jalan sikit je, orang terus pandang.
Ini dia Top 5 motor paling cun yang confirm buat orang perasan (ya… awek pun sekali)

Ducati Panigale 1299
Kalau nak cakap pasal motor paling cantik, Ducati memang tak pernah mengecewakan. Panigale 1299 ni memang level lain. Design Itali yang tajam, body slim tapi agresif, warna merah ikonik, memang nampak mahal dari jauh lagi. Jenis motor yang buat orang tak kenal pun tanya, “Motor apa tu?”

BMW S1000RR
Motor ni memang ada aura tersendiri. BMW S1000RR tampil dengan design moden dan agresif. Sekali pandang dah tahu ini bukan motor biasa. Tambah pula dengan bunyi enjin inline-4 dia—memang padu.
Bukan setakat nampak ganas, ride pun sedap. Tak hairan ramai yang minat, termasuk rider perempuan juga.

Kawasaki Ninja ZX-6R
ZX-6R ni kategori middleweight, tapi gaya dia macam superbike. Design dia tajam dari depan sampai belakang. Nampak laju walaupun tengah parking. Untuk yang nak balance antara performance dan style, motor ni memang ngam.

Yamaha YZF-R15
Jangan pandang rendah motor cc kecil. Yamaha R15 ni walaupun cc rendah, tapi rupa memang ikut abang besar dia (R-series). Nampak sporty, slim dan kemas. Sesuai untuk beginner atau rider muda yang nak gaya superbike tanpa kos tinggi.

Yamaha 125ZR
Yang ni memang legend. Bunyi 2-stroke dia, bau minyak 2T, memang vibe zaman 90an. Dulu memang jadi idaman ramai. Walaupun zaman dah berubah, tapi bila nampak 125ZR lalu, orang tetap pandang. Respect tu masih ada.
Kesimpulan
Akhir kata, motor mana paling cun tu semua ikut selera masing-masing. Tapi satu benda pasti, kalau motor ada style, confirm orang akan perasan. Dan ya… kadang-kadang bukan rider je yang tengok, awek pun sekali tau!



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS