Dari helmet hingga body armor, ini senarai riding gear penting yang ada di pasaran Malaysia untuk lindungi rider di jalan raya dan off-road.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Menunggang motosikal bukan sekadar tentang keseronokan, tetapi juga tentang keselamatan. Ramai rider masih pandang ringan soal riding gear, sedangkan gear inilah yang boleh bantu untuk kurangkan risiko kecederaan serius.
Hari ini, pasaran Malaysia sudah dipenuhi dengan pelbagai pilihan riding gear dari harga mesra poket hingga premium yang sesuai untuk semua jenis rider.

Helmet: Perlindungan Paling Penting
Helmet adalah gear paling asas dan paling penting untuk setiap penunggang motosikal kerana ia melindungi bahagian kepala daripada impak yang berbahaya. Dalam kebanyakan kes kemalangan, kecederaan kepala adalah antara yang paling serius dan boleh membawa kepada kesan yang teruk, jadi pemilihan helmet yang berkualiti dan sesuai adalah sangat penting.
Di pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenis helmet seperti full face, modular, dan open face. Selain jenis, faktor seperti saiz yang tepat, keselesaan bahagian dalam, dan pengudaraan juga memainkan peranan besar untuk pastikan rider sentiasa selesa dan selamat sepanjang perjalanan.

Gloves: Lindungi Tangan & Tingkatkan Kawalan
Sarung tangan penting kerana tangan biasanya menjadi bahagian pertama yang menyentuh jalan jika berlaku kemalangan. Kalau tidak dilindungi, risiko luka dan kecederaan adalah sangat tinggi, terutamanya pada kelajuan yang lebih tinggi.
Selain itu, gloves dapat bantu untuk meningkatkan cengkaman pada handlebar, terutama dalam keadaan hujan atau berpeluh. Untuk cuaca Malaysia, gloves jenis breathable atau mesh lebih sesuai digunakan kerana ia memberikan keselesaan kepada rider sepanjang menunggang.

Jaket Riding dengan Padding: Perlindungan & Keselesaan
Riding jacket dengan padding pada bahu, siku, dan belakang dapat membantu untuk mengurangkan impak sekiranya berlaku kemalangan. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan extra yang boleh bantu menyerap hentakan dan mengurangkan kecederaan ketika kemalangan.
Selain perlindungan, jaket juga dapat bantu melindungi rider daripada panas, angin, dan hujan. Di Malaysia, jaket jenis mesh sering menjadi pilihan kerana lebih ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik ketika ride dalam cuaca panas.

Riding Boots: Perlindungan Kaki yang Sering Diabaikan
Kaki dan buku lali adalah antara bahagian yang mudah cedera, tetapi sering diabaikan oleh rider. Riding boots direka khas untuk memberi perlindungan tambahan dengan struktur yang lebih kukuh dan cutting yang lagi tinggi berbanding kasut biasa untuk melindungi sehingga bahagian buku lali.
Selain melindungi, ia juga membantu untuk memberikan kawalan yang lebih baik ketika menukar gear dan menekan brake. Ini dapat bantu menjadikan ride lebih stabil dan selamat, terutamanya ketika berdepan dengan situasi kecemasan.

Body Armor: Perlindungan Tambahan untuk Off-Road
Body armor sangat penting bagi rider yang selalu melakukan aktiviti off-road atau ride di kawasan berisiko tinggi. Ia dapat bantu untuk melindungi bahagian dada, belakang, bahu, dan siku daripada impak yang kuat.
Dalam keadaan jalan yang tidak rata atau berbatu, risiko untuk jatuh adalah lebih tinggi. Oleh itu, body armor dapat membantu untuk mengurangkan kecederaan dan memberi keyakinan kepada rider untuk menunggang dengan lebih selamat.

Balaclava: Kecil Tapi Penting
Balaclava dapat membantu untuk menyerap peluh dan menjaga kebersihan bahagian dalam helmet. Ini penting untuk memastikan helmet kekal selesa dan tidak berbau, terutamanya bagi rider yang ride pada setiap hari.
Selain itu, ia juga melindungi kulit daripada habuk dan panas. Walaupun nampak simple, balaclava memberi keselesaan tambahan yang sangat membantu dalam jangka masa panjang dan juga membantu untuk melindungi kulit kepala anda.

Beg Rider: Praktikal untuk Kegunaan Harian
Beg seperti pouch bag, thigh bag, atau backpack memudahkan rider untuk membawa barang penting seperti telefon, dompet, dan dokumen dengan selamat. Ia membantu untuk memastikan barang disimpan dengan kemas dan mudah diakses.
Jika barang seperti telefon dan dompet disimpan di dalam poket, ia mungkin memberikan ketidakselesaan kepada rider dan juga berpotensi untuk jatuh ketika sedang ride. Pemilihan beg yang sesuai juga penting supaya tidak mengganggu pergerakan semasa menunggang. Beg yang praktikal dapat membantu meningkatkan keselesaan tanpa perlu menjejaskan keselamatan.
Kesimpulan
Riding gear adalah pelaburan yanag amat penting untuk keselamatan setiap rider. Dengan pelbagai pilihan di pasaran Malaysia, setiap orang boleh memilih gear yang sesuai dengan bajet dan keperluan masing-masing.
Semakin lengkap gear yang digunakan, semakin tinggi tahap perlindungan yang diperoleh. Dalam jangka panjang, ia bukan sahaja memberi keyakinan ketika menunggang tetapi juga melindungi diri daripada kejadian-kejadian yang tak dapat dijangka.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS