Ramai rider keliru apabila model motosikal yang sama mempunyai nama berbeza di Malaysia dan Thailand, ini sebab sebenar di sebaliknya.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Bagi peminat motosikal, terutama yang follow trend pasaran Asia Tenggara, anda mungkin pernah perasan sesuatu yang agak pelik. Ada motosikal yang nampak sama dari segi reka bentuk, enjin, dan spesifikasi, tapi menggunakan nama yang berbeza di Malaysia dan Thailand. Contohnya, kalau kat Malaysia kita Yamaha Y15ZR, tapi di Thailand, nama dia lain iaitu Yamaha Exciter 150.
Model yang dikenali dengan satu nama kat Malaysia mungkin pakai nama lain kat Thailand, walaupun ia datang dari pengeluar yang sama. Situasi ini selalu kelirukan pengguna, terutamanya apabila mencari maklumat atau spare part. Jadi, kenapa perkara in berlaku?
Strategi Pemasaran Berbeza Mengikut Negara
Salah satu sebab utama adalah strategi pemasaran. Setiap negara mempunyai pasaran dan citarasa pengguna yang berbeza yang mereka perlu bagi. Pengeluar motosikal akan ubah nama model supaya lebih sesuai dengan identiti jenama dan penerimaan pengguna tempatan.
Nama yang digunakan kat Thailand mungkin lagi menarik atau senang diingati oleh pengguna di sana, manakala kat Malaysia, nama yang berbeza dipilih untuk memberi identiti yang lebih sesuai dengan pasaran tempatan.

Penjenamaan Semula (Rebranding)
Dalam banyak kes, motosikal yang sama akan melalui rebranding apabila memasuki pasaran berbeza. Walaupun asas motosikal tersebut sama, nama baru diberikan untuk bantu bezakan model tersebut daripada model lain dalam barisan produk syarikat di negara tertentu.
Ini juga membantu pengeluar untuk mengelakkan kekeliruan kalau terdapat model lama atau model lain dengan nama yang hampir sama di pasaran tersebut.
Faktor Peraturan dan Undang-Undang
Setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza berkaitan emmision, keselamatan, dan spesifikasi kenderaan. Untuk mematuhi undang-undang tempatan, pengeluar mungkin perlu buat sedikit perubahan pada motosikal.
Apabila perubahan ini dilakukan, ia sering disertai dengan nama model yang berbeza bagi menunjukkan bahawa ia adalah versi yang disesuaikan untuk pasaran tersebut.

Pengaruh Budaya dan Trend Tempatan
Budaya dan trend juga memainkan peranan penting dalam menamakan motosikal. Apa yang menarik di Thailand mungkin tidak memberi kesan yang sama di Malaysia.
Oleh itu, nama model dipilih berdasarkan apa yang lebih relevan dan menarik bagi pengguna tempatan. Ini termasuk penggunaan bahasa, gaya nama, dan imej yang ingin dibawa oleh jenama tersebut.
Adakah Ia Betul-Betul Motor Yang Sama?
Dalam kebanyakan kes, jawapannya adalah ya. Banyak motosikal yang dijual di Malaysia dan Thailand sebenarnya berkongsi platform yang sama, termasuk enjin dan rangka.
Namun, perbezaan nama, sedikit perubahan spesifikasi, dan penyesuaian pasaran membuatkan ia kelihatan seperti model yang berbeza, walaupun secara asasnya ia adalah model yang sama.

Kesimpulan
Perbezaan nama antara motosikal di Malaysia dan Thailand bukanlah sesuatu yang pelik, tapi sebahagian daripada strategi pemasaran global pengeluar. Ia melibatkan gabungan faktor seperti penjenamaan, peraturan, budaya, dan keperluan pasaran tempatan.
Bagi pengguna, perkara paling penting adalah memahami spesifikasi sebenar motosikal tersebut, bukan sekadar bergantung kepada nama. Dengan itu, anda boleh membuat keputusan yang lebih tepat tanpa terkeliru dengan perbezaan nama antara negara.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS