Nak cari motosikal murah bawah RM3,000? Ini pilihan model popular yang masih relevan untuk kegunaan harian tanpa perlu berbelanja besar.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai rakyat Malaysia mula mencari alternatif pengangkutan yang lebih jimat. Motosikal kekal sebagai pilihan utama kerana kosnya yang rendah, penggunaan minyak yang efisien, dan kemudahan untuk bergerak dalam trafik.
Bagi mereka yang mempunyai bajet terhad, masih terdapat beberapa pilihan motosikal bawah RM3,000 di iMotorbike yang sesuai untuk kegunaan harian. Walaupun harganya rendah, model-model ini masih mampu menawarkan prestasi dan ketahanan yang memadai jika dijaga dengan baik.

1. SYM VF3i 185
SYM VF3i 185 merupakan antara motosikal kapcai yang terkenal dengan prestasi yang agak tinggi dalam kelasnya. Dikuasakan oleh enjin 183 cc yang menghasilkan sekitar 19 hp dan 17.4 nm tork, motosikal ini mampu unuk mendominasi kapcai-kapcai lain daripada segi prestasi.
Walaupun model ini biasanya dikenali sebagai motosikal berprestasi, unit terpakai kini boleh didapati pada harga yang jauh lebih rendah, menjadikannya pilihan menarik bagi mereka yang mahukan kuasa tambahan. Dengan tangki minyaknya yang sebesar 7 liter, motor ini sesuai untuk rider yang mahukan pengalaman tunggangan yang lebih responsif dan juga ride harian atau jauh yang selesa.

2. Modenas Kriss MR1
Modenas Kriss MR1 adalah salah satu motosikal paling praktikal dalam kategori bajet rendah. Ia direka untuk kegunaan harian dengan fokus utama kepada kecekapan minyak, kos penyelenggaraan yang rendah, dan ketahanan enjin yang mudah dijaga.
Dikuasakan oleh enjin 98 cc yang menghasilkan 6.7 hp dan 6.7 nm tork, motosikal ini sangat sesuai untuk pengguna yang hanya perlukan kenderaan asas untuk pergi kerja, menghantar barang, atau bergerak dalam kawasan bandar. Dari segi jangka panjang, Kriss MR1 terkenal sebagai motosikal yang “tidak banyak masalah” jika diservis secara berkala.

3. Yamaha Lagenda 115
Yamaha Lagenda 115 adalah antara model yang sudah lama bertapak di Malaysia dan masih kekal relevan sehingga hari ini. Dikuasakan oleh enjin 114 cc yang menghasilkan 10 hp dan 10 nm tork, ia terkenal dengan ketahanan enjin Yamaha yang boleh dipercayai serta prestasi yang konsisten walaupun digunakan setiap hari dalam jangka masa panjang.
Selain itu, alat ganti untuk model ini mudah didapati dan kosnya juga tidak terlalu tinggi, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pengguna yang mahukan motosikal bajet tetapi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian yang stabil tanpa banyak komplikasi.

4. SM Sport 110R
SM Sport 110R mungkin kurang dikenali berbanding jenama besar lain, tetapi ia masih menawarkan nilai yang baik dalam kategori motosikal bajet rendah. Model ini biasanya dipilih oleh pengguna yang mahukan sesuatu yang ringkas, moden, dan mampu menjalankan tugas asas dengan baik.
Walaupun tidak sekuat atau sepopular jenama Jepun, ia tetap boleh digunakan untuk perjalanan harian jarak dekat dengan penggunaan minyak yang jimat. Ia juga menjadi pilihan alternatif bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza dalam bajet rendah.

5. Honda EX5
Honda EX5 merupakan salah satu motosikal paling ikonik di Malaysia dan masih kekal relevan walaupun sudah tidak lagi berada di pasaran. Dikenali dengan ketahanan luar biasa, EX5 sering menjadi pilihan mereka yang mahukan motosikal “tak banyak ragam” untuk kegunaan jangka panjang.
Walaupun model ini nampak ringkas, kekuatannya terletak pada enjin yang tahan lasak dan kos penyelenggaraan yang sangat rendah. Ramai pengguna masih memilih EX5 kerana ia mudah dibaiki dan sangat sesuai untuk kegunaan harian tanpa perlu menelan kos yang tinggi.
Kesimpulan
Mencari motosikal bawah RM3,000 bukanlah sesuatu yang mustahil, terutamanya dengan pilihan yang tersedia di iMotorbike. Model seperti SYM VF3i 185, Modenas Kriss MR1, Yamaha Lagenda 115, SM Sport 110R, dan Honda EX5 menawarkan kombinasi harga mampu milik dan kegunaan praktikal.
Walaupun membeli motosikal bajet, penting untuk memastikan keadaan motor dalam keadaan baik dan sesuai dengan keperluan harian. Dengan pilihan yang tepat, motosikal bajet tetap mampu memberikan nilai yang tinggi dalam jangka panjang. Jika anda mencari motosikal-motosikal di dalam list ni, semuanya kini ready stock di showroom kami. Jika berminat, layarilah website iMotorbike atau datang ke showroom berdekatan anda dan dapatkan motor dengan kami.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS