Perbandingan lengkap antara dua naked bike 450cc popular, dari enjin inline-four berprestasi tinggi milik Kove 450R hingga karakter seimbang dan teknologi moden CFMOTO 450NK.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Dalam segmen motosikal naked bike sekitar 400–500cc, Kove 450R dan CFMOTO 450NK menjadi dua pilihan yang menarik di Malaysia. Kedua-dua model ini berada dalam range kapasiti enjin yang hampir sama, tetapi pendekatan reka bentuk dan karakter tunggangannya sangat berbeza.
Kove 450R menonjol sebagai naked bike berprestasi tinggi dengan enjin empat silinder yang jarang ditemui dalam kelas ini, manakala CFMOTO 450NK lebih fokus kepada keseimbangan antara kuasa, teknologi dan keselesaan untuk penggunaan harian. Artikel ini akan membandingkan kedua-dua model dari segi enjin & prestasi, ciri & teknologi, ergonomik & keselesaan, serta siapa yang sesuai memilih setiap motor.

Enjin & Prestasi
Kove 450R
Kove 450R dikuaskaan oleh enjin 443cc inline-four yang menghasilkan sekitar 65 hp dan 40 Nm tork, angka yang luar biasa untuk kategori 450cc. Enjin empat silinder ini memberi karakter rev-happy dengan high-end power yang kuat, memberikan pengalaman ride yang sporty dan agresif terutamanya ketika memecut laju dan di selekoh. Beratnya yang sekitar 164 kg juga membantu menjadikan 450R lebih lincah dan responsif.
CFMOTO 450NK
Sebaliknya, CFMOTO 450NK menggunakan enjin 449cc parallel-twin 270° crankshaft dengan kuasa sekitar 50 hp dan 39 Nm tork. Kuasa ini lebih rendah berbanding 450R, tetapi memberikan karakter tork yang lebih linear dan mudah untuk dikendalikan, sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar dan lebuh raya. Enjin parallel-twin juga secara umumnya lebih jimat bahan api dan senang dikawal pada kelajuan rendah.

Ciri & Teknologi
Kove 450R
Dari segi teknologi, walaupun fokus utama Kove 450R ialah prestasi, ia tetap menawarkan ciri-ciri penting seperti slipper clutch, ABS, dan Traction Control, serta teknologi canggih seperti Riding Modes, skrin TFT dengan blutooth dan Wi-Fi, dan juga launch control. Walaupun Kove ingin menuju ke pendekatan “pure riding experience” dengan kuasa yang agresif, tetapi pada masa yang sama memberikan ciri-ciri dan teknologi yang membuatkan motosikal ini lebih menarik.
CFMOTO 450NK
CFMOTO 450NK pula hadir dengan ciri moden yang lengkap untuk kelasnya, termasuk TFT display, sistem ABS, traction control dan slipper clutch, semuanya memberi sokongan tambahan kepada rider terutamanya ketika ride harian atau ketika cuaca tidak menentu. Frame dan suspension juga direka untuk memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi.

Ergonomics & Keselesaan Menunggang
Kove 450R
Kove 450R menawarkan riding position yang lebih sporty sedikit, dengan footpeg dan handlebar yang memberikan rider rasa lebih “connected” kepada jalan. Ini sangat sesuai untuk rider yang sukakan gaya tunggangan yang agresif dan dinamik, terutama di jalan selekoh atau ride weekend. Namun, posisi ini tidak begitu ideal untuk perjalanan jauh yang panjang kerana ia memberikan lebih tekanan pada pergelangan tangan.
CFMOTO 450NK
CFMOTO 450NK pula menawarkan seating position yang lebih tegak dan santai. Ini menjadikannya lebih selesa untuk perjalanan harian, terutamanya dalam trafik bandar yang perlahan. Suspension dan setupnya yang ergonomik juga membantu untuk mengurangkan keletihan semasa menunggang jarak jauh atau ketika mencelah dalam trafik.

Perbandingan Spesifikasi
| Specification | Kove 450R | CFMOTO 450NK |
|---|---|---|
| Engine | 443cc inline-four | 449cc parallel-twin, 270° Crankshaft |
| Power | 65 hp @ 12,000 rpm | 50 hp @ 9,500 rpm |
| Torque | 40 Nm @ 9,000 rpm | 39 Nm @ 7,600 rpm |
| Transmission | 6-speed | 6-speed |
| Suspensi Hadapan | Upside-down Forks | Upside-down Forks |
| Suspensi Belakang | Single Monoshock | Preload Adjustable Monoshock |
| Brek Hadapan | Dual-disc 2-piston Calipers | Single-disc |
| Brek Belakang | Single-disc | Single-disc |
| Ketinggian Seat | 795 mm | 795 mm |
| Kapasiti Tanki Minyak | 17 Liter | 14 Liter |
| Berat | 164 kg | 173 kg |
| Ciri-Ciri | TFT screen dengan Bluetooth/Wi-Fi, Riding Modes, Launch Control, ABS, Traction Control | TFT display, ABS, traction control, slipper clutch |

Siapa Sesuai untuk Setiap Motor?
Kove 450R sesuai untuk:
- Rider yang mahukan prestasi tinggi dan karakter agresif dalam kelas 450cc
- Mereka yang sukakan rev-happy engine dan pecutan sporty
- Rider yang sering menunggang di selekoh atau ride weekend
- Mereka yang ingin rasa “naked bike” yang lebih thrilling
CFMOTO 450NK sesuai untuk:
- Rider yang mahu keseimbangan antara prestasi dan kegunaan harian
- Mereka yang utamakan keselesaan ketika ride di bandar
- Rider baru ke pertengahan yang mahu motor mudah dikawal
- Mereka yang menghargai teknologi moden seperti TFT dan kawalan elektronik

Kesimpulan
Kove 450R dan CFMOTO 450NK masing-masing menawarkan pendekatan yang unik dalam segmen naked 450cc. Kove 450R menyerlah sebagai pilihan yang lebih berprestasi dan sporty dengan enjin empat silinder yang kuat, manakala CFMOTO 450NK menonjol sebagai pilihan seimbang yang sesuai untuk kegunaan harian.
Pilihan terbaik bergantung kepada gaya tunggangan dan keutamaan anda. Jika anda mahu sensasi pecutan dan karakter agresif, Kove 450R adalah pilihan yang tepat. Tetapi jika anda mahukan motor yang lebih serba boleh, selesa, moden, dan lebih sesuai untuk kegunaan harian CFMOTO 450NK adalah pilihan yang lebih selamat.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS