Promosi April iMotorbike Tawar Penjimatan Besar Bersama Jaminan Sehingga 12 Bulan dan Pulangan 6 Hari.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
iMotorbike kembali dengan satu lagi kempen menarik bertajuk “Harga Tutup Kedai,” yang berlangsung dari 1 hingga 30 April 2026 di semua showroom iMotorbike seluruh negara.
Kempen ini menawarkan diskaun sehingga RM5,000 untuk motosikal terpilih, menjadikannya antara promosi paling berbaloi bagi mereka yang ingin memiliki motosikal pada harga lebih rendah.
Sepanjang tempoh kempen, pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan motosikal merangkumi model kapcai, skuter dan motosikal berkuasa tinggi, sesuai untuk kegunaan harian mahupun gaya hidup moden.
Selain harga yang lebih kompetitif, setiap pembelian turut didatangkan dengan manfaat tambahan seperti polisi pemulangan dalam tempoh 6 hari serta jaminan antara 6 hingga 12 bulan, memberikan keyakinan kepada pembeli.
iMotorbike turut menyediakan kemudahan pembiayaan termasuk juga loan ansuran bulanan dari pelbagai kredit, memudahkan pelanggan memiliki motosikal idaman dengan pelan bayaran yang fleksibel.
Jadi tunggu apa lagi? Orang ramai dijemput untuk mengunjungi mana-mana showroom iMotorbike berhampiran sepanjang bulan April bagi merebut peluang menikmati diskaun hebat ini.
Terma dan syarat tertakluk.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS