Kekuatan jenama, pelancaran motosikal-motosikal baharu, dan warisan sukan motor dipamerkan di Chengdu Tianfu International Circuit.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
CFMOTO DAY edisi tahun 2026 telah memaparkan pertumbuhan global jenama tersebut dan mengukuhkan lagi hubungan bersama komuiti ridernya, apabila beribu peminat, individu-individu terkenal di dalam industri, dan media berkumpul di litar Chengdu Tianfu International Circuit di China.
Menandakan kali pertama acara ini diadakan di wilayah ini, CFMOTO DAY 2026 dijadikan sebagai sebuah sambutan untuk meraikan kemajuan jenama tersebut, inovasi produk, dan pencapaian di dalam sukan permotoran, ,engukuhkan lagi kedudukan jenama ini sebagai salah sebuah jenama motosikal yang sedang berkembang pesat di dalam pasaran global.

Pelancaran Motosikal-Motosikal Baharu Mencuri Tumpuan
Salah satu highligt terbesar ketika acara ini adalah debut rasmi motosikal CFMOTO 500SR, yang diperlihatkan oleh naib presiden Chen Zhiyong, berserta dengan CFMOTO V4 SR-RR yang dinanti-nantikan.
Motosikal V4 SR-RR, yang kali pertama diperlihatkan sebagai sebuah konsep di EICMA 2025 di Italy, telah membuat debut tempatan, menjadikan ia sebuah tonggak utama untuk jenama ini sebagai motosikal liter-class superbike pertama yang dibangunkan oleh sebuah jenama negara China.
Dikuasakan oleh enjin 997cc V4 dan mempunyai berat kurang daripada 200kg, model ini telah menempa nama sebagai pesaing yang kuat di dalam segmen sportbike prestasi tinggi.
Bukan itu sahaja, CFMOTO juga telah mengembangkan barisan model motosikal mereka dengan pengenalan skuter 150SC-F, yang memberikan peluang kepada pengunjung untuk menerokai dan merasakan pengalaman solusi mobiliti secara langsung.

Aksi Litar Mendekatkan Para Rider Dengan Jenama
CFMOTO DAY 2026 telah memberikan para penunggang pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dengan seramai 300 penunggang terlibat dalam perarakan berskala besar di litar Chengdu Tianfu International Circuit. Pemandangan ini, ditambahkan dengan paparan di udara dan efek asap, menmbuatkan trek mempunyai atmosfera seperti festival.
Tambahan lagi, lebih 700 penunggang telah menyertai sesi trek khas yang membantu untuk lebih memperkukuhkan suasana acara yang fokus kepada komuniti. Sebuah majlis pengikitirafan khas juga telah diadakan untuk mengharai para pelanggan tetap CFMOTO dan ahli komuiniti, mencerminkan penekanan jenama ini dalam hubungan bersama penunggang dan pengalaman.

Warisan Sukan Permotoran dan Pembangunan Bakat Dipaparkan
Ekosistem sukan permotoran CFMOTO yang semakin mengembang telah dipaparkan di dalam zone khas yang dinamakan NEXT ERA, yang menampilkan jentera lumba, piala, dan memorabilia dari pertandingan antarabangsa.
Antara tarikan utama yang dipamerkan termasuk:
- Trofi Moto3 Constructors’ Championship 2024, gelaran dunia pertama CFMOTO
- Jentera pemenang Moto3 World Championship 2024
- Jentera perlumbaan Moto2 2025
- Model ATV Dakar Rally
- Model CF650i yang digunakan di Isle of Man TT
Pameran ini menyerlahkan perkembangan pesat CFMOTO dalam arena sukan permotoran global, selain kehadiran pelumba seperti Sun Shengbo, Du Xuanyi, dan Antanas yang turut meluangkan masa berinteraksi bersama peminat sepanjang acara.
CFMOTO turut mengetengahkan Racing Talent Project, satu inisiatif untuk membangunkan pelumba muda berusia antara 9 hingga 12 tahun. Program ini menyediakan laluan yang tersusun ke arah dunia perlumbaan kompetitif, dengan peserta terbaik berpeluang menyertai sistem pembangunan sukan permotoran jenama tersebut.

Pengalaman Interaktif Kukuhkan Hubungan Komuniti
Selain pameran motosikal dan elemen perlumbaan, CFMOTO DAY 2026 turut menampilkan pelbagai zon interaktif seperti SR CUP, CFMOTO MT Challenge mini, dan CL-C Slow Riding Challenge, yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman menunggang dalam persekitaran terkawal.
Aktiviti ini memperkukuh strategi CFMOTO dalam membina hubungan emosi dengan peminat melalui pengalaman menunggang secara langsung serta pendekatan berasaskan komuniti.

Perkembangan Global Disokong Pertumbuhan Kukuh
Perkembangan pesat CFMOTO di peringkat antarabangsa terus meningkatkan pengaruhnya dalam industri motosikal. Dalam tiga suku pertama tahun 2025 sahaja, syarikat mencatatkan pendapatan sekitar USD 2.1 bilion, dengan peningkatan sebanyak 30.10% dari tahun ke tahun.
Dengan rangkaian lebih daripada 7,000 pengedar di lebih 100 negara, serta kemudahan pengeluaran di Mexico dan Thailand, CFMOTO terus memperkukuh kehadiran globalnya di samping memperluaskan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Dilahirkan di China, Untuk Dunia
CFMOTO DAY kekal sebagai acara tahunan utama yang mencerminkan falsafah jenama untuk meletakkan penunggang dan pelanggan sebagai teras utama pembangunan mereka. Walaupun berakar umbi di China, acara ini kini berkembang menjadi platform global yang meraikan inovasi, kejayaan sukan permotoran, dan penglibatan komuniti.
Seiring dengan pengembangan inisiatif antarabangsa seperti MT Challenge dan CFMOTO Classics, CFMOTO DAY menjadi simbol penting kepada aspirasi jenama untuk menyatukan penunggang di seluruh dunia melalui minat terhadap prestasi dan budaya permotoran.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS