Dalam keadaan harga minyak makin naik, perbincangan mengenai ‘Baik Beli’ motosikal kapcai semakin hangat, dan ia kekal sebagai pilihan yang paling praktikal untuk perjalanan harian rakyat Malaysia.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Dalam keadaan harga minyak global yang semakin meningkat, motosikal menjadi antara pilihan pengangkutan paling praktikal dan menjimatkan untuk rakyat Malaysia. Dengan kapasiti tangki yang lebih kecil serta penggunaan bahan api yang lebih efisien berbanding kereta, kapcai terus jadi pilihan utama untuk kegunaan harian seperti pergi kerja atau buat delivery.
Kalau nak banding dengan motor berkuasa tinggi, memang ramai akan cakap baik ambil kapcai. Tapi semua bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing. Tepuk dada, tanya selera, dan paling penting, tengok kemampuan sendiri. Jangan ikut orang sampai buat keputusan yang nanti menyusahkan diri.
Bagi yang tengah cari motor baru atau nak upgrade, dekat iMotorbike memang banyak pilihan ready stock. Ini dia Top 5 kapcai terbaik untuk April 2026.

Honda RS150R memang antara kapcai paling popular kat Malaysia. Enjin 150cc DOHC dia bagi power yang cukup sedap untuk daily ride, tapi masih selesa kalau nak guna untuk ride jauh sekali-sekala.
Nak lagi praktikal, boleh tambah box belakang untuk simpan barang. Dari segi performance pun, RS150R ni memang boleh tahan laju untuk kelas dia.

Yamaha Y16ZR atau “Y16” ni antara model paling hype sekarang. Dengan enjin 155cc VVA dan quickshifter, dia bagi rasa tunggangan yang lebih premium berbanding kapcai biasa.
Ramai anggap dia macam abang kepada Y15ZR, tapi dengan features yang lebih canggih. Design pun nampak lebih garang, siap dengan sistem keyless lagi.

Kalau nak motor yang simple, tahan lasak dan sangat jimat minyak, Wave Alpha memang pilihan terbaik. Sesuai untuk daily use tanpa banyak masalah.
Tak hairan la ramai rider delivery guna motor ni. Maintenance murah, spare part senang cari dan memang tak cerewet langsung.

SYM VF3i 185 dikenali sebagai antara kapcai paling berkuasa dalam kelasnya. Enjin 185cc dia memang bagi torque yang padu, sesuai untuk yang nak lebih performance.
Design dia pun nampak lebih tajam dan agresif. Untuk yang selalu ride jauh, model ni memang antara pilihan yang menarik sebab ada power dan masih jimat minyak.

Yamaha 135LC memang legend. Walaupun dah lama ada dalam market, tapi masih relevan sampai sekarang.
Motor ni sesuai untuk semua golongan, dari pekerja harian sampai student. Tak ada clutch tangan, jadi memang beginner-friendly. Senang bawa, senang jaga.
Kesimpulan
Tak kira sama ada anda cari motosikal jimat minyak, berkuasa atau sekadar untuk kegunaan harian, pilihan kapcai di Malaysia memang banyak. Yang penting, pilih ikut bajet dan keperluan sendiri.
Kalau tengah plan nak beli motor, boleh terus check iMotorbike. Banyak pilihan, ready stock dan proses pun mudah. Nak bayar cash atau loan, semua boleh settle.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS