Dah tak sabar nak balik kampung ke tu? Memandangkan Hari Raya Aidilfitri 2026 tinggal beberapa hari je lagi, mesti ramai yang dah mula packing baju raya.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri 2026 tiba dan pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Bagi perantau yang tinggal jauh, ada yang sudah siap sedia dengan tiket kapal terbang atau bas sejak sebulan lalu.
Bagi geng motor pula, jentera dan gear pastinya sudah sedia untuk menempuh perjalanan jauh, namun jika belum, pastikan anda baca Tips Balik Kampung Ride Motosikal.
Manakala bagi yang menaiki kereta, persediaan mental dan fizikal amat penting untuk melalui perjalanan panjang di lebuhraya supaya anda sekeluarga dapat menikmati perjalanan dengan lebih tenang dan selamat sampai ke destinasi.
Jadi, tak kisahlah naik apa pun, satu perkara yang paling penting adalah perjalanan yang selamat dan terancang. jom kita tengok beberapa tips penting supaya perjalanan balik raya tahun ini lebih tenang.
1. Rancang perjalanan betul-betul (jangan last minute)
Langkah pertama yang paling utama adalah membuat perancangan secara rapi dan terperinci sebelum memulakan gerak. Anda perlu menentukan waktu bertolak dan jangkaan waktu sampai, serta mengenal pasti laluan utama dan jalan alternatif sekiranya berlaku kesesakan melampau.
Pastikan anda sudah tahu di mana lokasi tempat berhenti rehat, solat, kedai makan, dan tandas di sepanjang laluan. Jangan tergesa-gesa untuk sampai; jika terasa mengantuk atau letih, berhenti rehatlah secukupnya atau tidur sebentar di tempat yang selamat kerana biar lambat, asalkan selamat sampai ke pangkuan keluarga.
2. Check keadaan jalan & cuaca dulu
Sebelum keluar rumah, ambil masa sikit untuk check keadaan laluan jalan raya dan ramalan cuaca pada hari tersebut melalui aplikasi navigasi atau media sosial. Pastikan jalan yang ingin dilalui tidak ditutup atau mempunyai kerja pembinaan yang boleh mengganggu perjalanan.
Muat turun aplikasi seperti PLUS (MyPLUS-TTA) yang sangat membantu untuk jadual perjalanan masa nyata, manakala Volunteer Smartphone Patrol (VSP) daripada PDRM boleh digunakan untuk memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan.
Sekiranya cuaca hujan lebat atau berbahaya, jangan ragu-ragu untuk menunda perjalanan sehingga keadaan mengizinkan demi keselamatan nyawa anda sekeluarga.
3. Jangan lupa dokumen penting
Jangan sesekali mengabaikan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan dokumen insurans kenderaan. Dokumen ini bukan sahaja membantu urusan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan, malah ia sangat diperlukan kerana pihak berkuasa biasanya lebih giat melakukan pemeriksaan jalan raya pada musim perayaan.
4. Bawa peralatan kecemasan
Pada masa yang sama, pastikan kenderaan anda dilengkapi dengan peralatan kecemasan asas seperti kit pertolongan cemas, lampu suluh, tayar ganti, dan pemadam api. Simple je, tak perlu banyak pun.
Walaupun nampak ringkas, peralatan ini mampu menjadi penyelamat ketika situasi tidak dijangka berlaku di tengah jalan. Benda ni mungkin nampak remeh, tapi bila jadi emergency, memang sangat membantu. Malah, anda pun boleh tolong orang lain sekali.
5. Rehat secukupnya sebelum drive
Ini ramai orang selalu ambil ringan. Jangan drive kalau mengantuk. Faktor manusia memainkan peranan besar, di mana rehat yang mencukupi sebelum memandu adalah wajib. Kekurangan tidur boleh menjejaskan refleks dan kemampuan anda untuk membuat keputusan pantas dalam situasi kecemasan.
Oleh itu, rancang waktu tidur yang ideal supaya tubuh kekal bertenaga dan fokus mental berada pada tahap terbaik.
6. Pastikan kereta/motor dalam keadaan tiptop
Akhir sekali, pastikan keadaan kereta atau motor anda berada dalam keadaan “tiptop” sekurang-kurangnya sehari sebelum bertolak. Periksa bahagian enjin, tekanan tayar, brek, dan pastikan minyak diisi penuh.
Jika perlu, hantar kenderaan untuk diservis terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian kereta rosak di tengah jalan yang pastinya akan merosakkan suasana hari raya anda.

iMotorbike Rescue Sentiasa Ada Untuk Anda
Andainya berlaku sebarang masalah teknikal atau kecemasan yang tidak diingini di lebuh raya, jangan panik kerana iMotorbike Rescue sentiasa ada untuk membantu anda. Sama ada masalah tayar pancit atau kerosakan enjin, pasukan bantuan kami sedia memberikan sokongan agar perjalanan anda dapat diteruskan semula dengan lancar.
Anda boleh layari iMotorbike Rescue untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bantuan kecemasan kami di jalan raya. Tak kira anda balik kampung naik motor, kereta atau apa sekalipun, pastikan keselamatan jadi keutamaan.
Ucapan Raya Dari iMotorbike 2026
- “Selamat Hari Raya! Buat semua yang balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga sinar Aidilfitri membawa keberkatan kepada kita semua.” — Sharmeen Looi, CMO
- “May this Aidilfitri celebration bring a thousand blessings, cheer, and lasting happiness to you and your family. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.” — Gil Carmo, CEO
- “Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan yang tersayang 🌙✨Drive dan ride dengan selamat. Jangan lupa berhenti kalau penat, rehat dulu, baru sambung perjalanan. Yang penting, sampai dengan selamat. Selamat Hari Raya!” — Lofaa Wok, Lead Social Media
- “May the love of those around accompany you this Raya. Happy Eid il-Fitri.” — Ismail Zaini, Legal Counsel
- “Selamat Hari Raya Aidilfitri, pada yang pulang ke kampung berhati hati. Ketupat rendang jangan lupa simpan sikit untuk orang belakang tau!” — Izyan Razali, Social Media Manager
- “Raya-raya ni ramai orang cari ketupat,Tapi saya cuma cari jalan macam mana nak jadi menantu mak awak dengan cepat.” — Hafizhan Yazid, Marketing Manager
- “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga selamat sampai ke destinasi raya masing-masing. Duit raya jangan lupa.” — Hazique Zairill, Writer
- “Jalan kampung tenang suasana, Motor meluncur perlahan-lahan, Tangan dihulur penuh makna, Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin dipohonkan.” — Ahmad Roy, Community Manager
Selamat memandu, selamat menunggang dan Selamat Hari Raya!



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS