• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Panduan Formula 1 Untuk Beginner: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang F1

Panduan Formula 1 Untuk Beginner: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang F1
Amzar Hazeeq
Mac 30, 2026

Baru nak tonton Formula 1? Artikel ni akan menerangkan semua yang anda perlu tahu tentang pasukan, waktu perlumbaan pada hujung minggu, dan bagaimana dunia F1 berfungsi.

Panduan Formula 1 Untuk Beginner

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Formula 1 (F1) ialah kategori perlumbaan single-seater paling tinggi di dunia yang dikawal selia oleh FIA. Ia menampilkan jentera terpantas, pemandu elit, serta litar ikonik di seluruh dunia. Jika anda baru nak mula mengikuti F1, panduan ini akan membantu anda untuk faham serba sedikit tentang sukan ini dengan lebih mudah.

Berapa Banyak Pasukan dan Individu Dalam Formula 1?

Jumlah Pasukan dan Pemandu

  • Terdapat 11 pasukan Formula 1
  • Setiap pasukan mempunyai 2 pemandu
  • Jumlah keseluruhan: 22 pemandu di grid

Pasukan Formula 1

  • Red Bull Racing (Pemandu: Max Verstappen & Isack Hadjar)
  • Mercedes-AMG Petronas (Pemandu: George Russell & Kimi Antonelli)
  • Ferrari (Pemandu: Charles Leclerc & Lewis Hamilton)
  • McLaren (Pemandu: Lando Norris & Oscar Piastri)
  • Aston Martin (Pemandu: Fernando Alonso & Lance Stroll)
  • Alpine (Pemandu: Pierre Gasly & Franco Colapinto)
  • Williams (Pemandu: Carlo Sainz & Alexander Albon)
  • Racing Bulls (Pemandu: Liam Lawson & Arvind Lindblad)
  • Haas F1 Team (Pemandu: Esteban Ocon & Oliver Bearman)
  • Audi (Pemandu: Nico Hulkenberg & Gabriel Bortoleto)
  • Cadillac (Pemandu: Sergio Perez & Valtteri Bottas)

Saiz Sesebuah Pasukan F1

Sebenarnya, di sebalik dua pemandu, terdapat operasi yang sangat besar yang terdiri daripada sekitar 600 hingga 1,000+ staf, termasuk jurutera, mekanik, strategist dan penganalisis data Jadi, walaupun hanya dua pemandu berlumba, terdapat ribuan individu yang terlibat di belakang tabir untuk memastikan pasukan berjalan lancar.

Kalender Musim Formula 1

Musim Formula 1 berlangsung hampir sepanjang tahun.

Fakta Penting

  • Sekitar 23 hingga 24 perlumbaan setiap musim
  • Bermula sekitar bulan Mac
  • Berakhir pada November atau Disember

Lokasi Perlumbaan

F1 berlangsung di pelbagai negara, antaranya:

  • Albert Park Circuit, Australia
  • Shanghai International Circuit, China
  • Suzuka Circuit, Japan
  • Miami International Autodrome, USA
  • Circuit Gilles-Villeneuve, Canada
  • Circuit de Monaco, Monaco
  • Circuit de Barcelona-Catalunya, Barcelona
  • Red Bull Ring, Austria
  • Silverstone Circuit, Great Britain
  • Circuit de Spa-Francorchamps, Belgium
  • Hungaroring, Hungary
  • Circuit Zandvoort, Netherlands
  • Autodromo Nazionale Monza, Italy
  • Madrid, Spain
  • Baku City Circuit, Azerbaijan
  • Marina Bay Street Circuit, Singapore
  • Circuit of The Americas (COTA), USA
  • Autódromo Hermanos Rodríguez. Mexico
  • Autódromo José Carlos, Brazil
  • Las Vegas Strip Circuit, USA
  • Lusail International Circuit, Qatar
  • Yas Marina Circuit, UAE

Setiap perlumbaan dikenali sebagai Grand Prix.

Panduan Formula 1 Untuk Beginner

Bendera dan Peraturan Penting Dalam F1

Bendera digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu semasa perlumbaan.

Jenis Bendera Penting

  • Bendera Kuning – Bahaya di hadapan, jadi tidak boleh memotong
  • Bendera Merah – Perlumbaan dihentikan
  • Bendera Biru – Beri laluan kepada kereta lebih laju
  • Bendera Hijau – Litar selamat, jadi perlumbaan diteruskan
  • Bendera Hitam – Pemandu dibatalkan penyertaan
  • Bendera Hitam Putih – Amaran atas perbuatan tiada semangat kesukanan
  • Bendera Penamat – Perlumbaan tamat

Peraturan Asas

  • Tidak boleh memotong secara berbahaya
  • Perlu patuh had trek (track limits)
  • Had laju pit lane mesti dipatuhi
  • Penalti akan dikenakan jika melanggar peraturan

Pemahagian Peringkat Formula 1 (Laluan Ke F1)

Pemandu tidak terus masuk ke F1. Mereka perlu melalui beberapa peringkat.

Kategori Junior

  1. Formula 4 (F4) – Peringkat permulaan
  2. Formula 3 (F3) – Peringkat antarabangsa
  3. Formula 2 (F2) – Langkah terakhir sebelum F1
  4. Formula 1 (F1) – Tahap tertinggi

Laluan Pembangunan Lain

  • F1 Academy (untuk pembangunan pemandu wanita)
  • Esports / Sim Racing

Kebanyakan pemandu bermula dari karting sebelum naik ke peringkat lebih tinggi.

Panduan Formula 1 Untuk Beginner

Apa Berlaku Sepanjang Hujung Minggu Perlumbaan F1?

Perlumbaan F1 bukan hanya berlaku pada hari Ahad sahaja.

Jumaat – Sesi Latihan

  • FP1 (Free Practice 1)
  • FP2 (Free Practice 2)

Pasukan akan menguji setup kereta dan kumpul data.

Sabtu – Latihan Akhir & Kelayakan

  • FP3 (Free Practice 3)
  • Sesi Kelayakan (Qualifying)

Keputusan kelayakan akan menentukan posisi grid. Pemandu terpantas akan bermula di Pole Position.

Ahad – Hari Perlumbaan

  • Inilah acara utama: Grand Prix

Sistem Mata

  • Tempat pertama: 25 mata
  • Tempat kedua: 18 mata
  • Tempat ketiga: 15 mata
  • Sehingga tempat ke-10 mendapat mata

Sprint Race

Sesetengah hujung minggu mempunyai Sprint Race pada hari Sabtu, yang menawarkan mata tambahan buat para pemandu dan lebih banyak aksi yang menarik buat tontonan peminat.

Panduan Formula 1 Untuk Beginner

Kesimpulan

Formula 1 mungkin kelihatan rumit pada awalnya. Namun begitu, apabila anda sudah memahami struktur pasukan, peraturan, dan format perlumbaan, ia menjadi jauh lebih mudah untuk diikuti. Setiap perlumbaan membawa gabungan strategi, kelajuan, dan drama yang menjadikan F1 antara sukan paling menarik di dunia.

Related Items2026baruberitaFormula 1Gaya HidupIndustriKedai MotorPanduan Beginnersukan motorUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Mac 30, 2026
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items2026baruberitaFormula 1Gaya HidupIndustriKedai MotorPanduan Beginnersukan motorUtama

More in Berita

Clearance Sale iMotorbike: Jangan Lepaskan Tawaran Hebat 30 & 31 Mac

Amzar HazeeqMac 30, 2026
Read More

Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Harga Minyak Naik: Adakah Sekarang Masa Terbaik untuk Guna Motor?

Amzar HazeeqMac 27, 2026
Read More

Kerajaan Rancang Turun Kuota RON95 Bersubsidi Kepada 200 Liter Sebulan

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Harga Petrol Malaysia: RON95 Kekal RM1.99 Di Bawah BUDI MADANI

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Renew Insurans Motosikal Tanpa Stres: Panduan Lengkap Elak Kesilapan & Claim Ditolak

Amzar HazeeqMac 26, 2026
Read More

Hanway Malaysia Lancar Cruiser Retro BOB250

Hazique ZairillMac 26, 2026
Read More

Hakim Danish Kejar Momentum Positif di COTA Selepas Prestasi Cemerlang Di Brazil

Amzar HazeeqMac 25, 2026
Read More

Nampak Kecil, Tapi Bahaya: Masalah Motor Yang Ramai Rider Abaikan

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Motor Zaman Sekarang: Bagaimana Elektronik Mengubah Cara Menunggang

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Rider Wajib Tahu: Perkara Kecil Yang Sering Dilupakan Sebelum Menunggang

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More

Top 5 Selekoh Beracun di Malaysia 2026

Amzar HazeeqMac 24, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!
    BeritaMac 18, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!
    BeritaMac 17, 2026
  • Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 
    BeritaMac 17, 2026
  • Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar
    BeritaMac 17, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • Panduan Formula 1 Untuk Beginner: Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang F1
    BeritaMac 30, 2026
  • Clearance Sale iMotorbike: Jangan Lepaskan Tawaran Hebat 30 & 31 Mac
    BeritaMac 30, 2026
  • Lane Splitting di Malaysia: Solusi Trafik atau Risiko Kemalangan?
    BeritaMac 27, 2026
  • Harga Minyak Naik: Adakah Sekarang Masa Terbaik untuk Guna Motor?
    BeritaMac 27, 2026
  • Kerajaan Rancang Turun Kuota RON95 Bersubsidi Kepada 200 Liter Sebulan
    BeritaMac 26, 2026
  • Harga Petrol Malaysia: RON95 Kekal RM1.99 Di Bawah BUDI MADANI
    BeritaMac 26, 2026
  • Renew Insurans Motosikal Tanpa Stres: Panduan Lengkap Elak Kesilapan & Claim Ditolak
    BeritaMac 26, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Clearance Sale iMotorbike: Jangan Lepaskan Tawaran Hebat 30 & 31 Mac
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat