• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit

Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
Hazique Zairill
Mac 16, 2026

Operasi khas di Terengganu akan memberi tumpuan kepada motosikal ubah suai ekstrem, tunggangan berbahaya dan kesalahan jalan raya.

OPS Hari Raya JPJ
PIX: Facebook JPJ Terengganu

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengisytiharkan perang terhadap aktiviti mat rempit dengan memperketat penguatkuasaan sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) yang akan berlangsung selama 13 hari bermula hari ini 16 Mac 2026 di Terengganu.

Menurut laporan yang dipetik daripada KOSMO! Online, Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata penekanan terhadap aktiviti merempit diberi berikutan peningkatan kes tersebut di negeri berkenaan sepanjang bulan Ramadan.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Ops Khas Motosikal yang dijalankan awal pagi tadi di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Menurut beliau, penekanan terhadap aktiviti merempit diberikan susulan peningkatan aktiviti tersebut sepanjang bulan Ramadan di negeri ini.

“Peserta konvoi juga dilihat membawa motosikal secara berbahaya selain pemeriksaan mendapati ramai melakukan pengubahsuaian ekstrem yang tidak dibenarkan,” katanya.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk mencabut brek belakang, pengubahsuaian enjin secara ekstrem, penggunaan tayar sotong serta menanggalkan nombor plat atau meminda nombor pendaftaran kenderaan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 22 buah motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan termasuk sebuah motosikal milik remaja perempuan berusia 17 tahun.

Mohd Zamri turut menjelaskan bahawa selain isu pengubahsuaian teknikal, JPJ juga akan memberi perhatian kepada kesalahan lain seperti tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang tamat tempoh serta tidak memakai topi keledar.

Beberapa kawasan di Kuala Terengganu juga dikenal pasti sebagai lokasi panas aktiviti mat rempit, antaranya sekitar Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan kawasan Padang Midin.

Menurut beliau, langkah penguatkuasaan ini penting kerana penunggang motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada kes kemalangan jalan raya di negeri ini, termasuk ketika pelaksanaan Ops Tahun Baharu Cina yang lalu.

Sehubungan itu, JPJ mengingatkan semua penunggang motosikal supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan mengelakkan aktiviti merempit, kerana tindakan tegas akan diambil sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri dijalankan.

Related Items2026baruberitaHondajpjmalaysiaRempitsamanUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Mac 16, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026baruberitaHondajpjmalaysiaRempitsamanUtamayamaha

More in Berita

Motor Day Sale 2026 iMotorbike Berlangsung Meriah Di Seluruh Negara

Hazique ZairillMac 16, 2026
Read More

Tekanan Angin Tayar Motor: Kenapa Ramai Penunggang Masih Abaikan?

Amzar HazeeqMac 16, 2026
Read More

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat

Hazique ZairillMac 12, 2026
Read More

JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya

Amzar HazeeqMac 5, 2026
Read More

Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 

Hazique ZairillMac 5, 2026
Read More

Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
    BeritaMac 3, 2026
  • Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden
    BeritaFebruari 26, 2026
  • Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 
    BeritaFebruari 24, 2026
  • 5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
    BeritaMac 5, 2026
  • Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?
    BeritaFebruari 19, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • Motor Day Sale 2026 iMotorbike Berlangsung Meriah Di Seluruh Negara
    BeritaMac 16, 2026
  • Tekanan Angin Tayar Motor: Kenapa Ramai Penunggang Masih Abaikan?
    BeritaMac 16, 2026
  • Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat
    BeritaMac 12, 2026
  • JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan
    BeritaMac 11, 2026
  • JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri
    BeritaMac 11, 2026
  • Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya
    BeritaMac 9, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Motor Day Sale 2026 iMotorbike Berlangsung Meriah Di Seluruh Negara
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat