Dalam trafik Malaysia yang semakin sesak, motosikal sering menjadi pilihan utama kerana kelebihannya dari segi kelajuan dan kecekapan perjalanan harian.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!
Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian, terutamanya di kawasan bandar yang sibuk. Salah satu sebab utama adalah kerana motosikal sering dianggap lebih cepat berbanding kereta.
Walaupun kedua-duanya berkongsi jalan yang sama, motosikal mempunyai kelebihan tersendiri yang membolehkannya sampai ke destinasi dalam masa yang lebih singkat. Persoalannya, kenapa naik motor lagi cepat berbanding kenderaan lain?
Kelebihan Saiz dan Mobiliti
Salah satu faktor utama ialah saiz motosikal yang lebih kecil dan mudah dikawal. Berbanding kereta, motosikal boleh bergerak melalui ruang yang sempit dan tak memerlukan lorong yang luas. Ini memberi kelebihan besar terutamanya dalam keadaan trafik perlahan atau sesak.
Dengan mobiliti yang lebih tinggi, penunggang motosikal boleh menyelit di antara kereta dengan lebih mudah tanpa perlu menunggu ruang besar seperti kereta.
Lane Splitting Dalam Trafik Sesak
Di Malaysia, lane splitting adalah perkara biasa bagi penunggang motosikal. Motosikal boleh bergerak di antara kenderaan yang berhenti atau bergerak perlahan, menjadikannya jauh lebih efisien dalam situasi trafik jam.
Walaupun amalan ini perlu dilakukan dengan berhati-hati dan fokus yang tinggi, ia tetap menjadi salah satu sebab utama motosikal boleh bergerak lebih cepat berbanding kereta dalam bandar atau ketika trafik jam di atas highway.

Kurang Terjejas oleh Kesesakan Jalan Raya
Kereta sangat bergantung kepada aliran trafik keseluruhan. Jika berlaku kesesakan, kereta terpaksa bergerak perlahan atau berhenti sepenuhnya. Motosikal pula masih mempunyai ruang untuk bergerak walaupun dalam keadaan jalan yang padat. Ini menjadikan masa perjalanan lebih konsisten dan singkat bagi penunggang motosikal berbanding pemandu kereta.
Mudah Parkir dan Kurang Masa Terbuang
Selain di jalan raya, motosikal juga menjimatkan masa dari segi parking. Mencari tempat letak kereta di kawasan bandar boleh mengambil masa yang lama, terutamanya ketika waktu puncak.
Sebaliknya, motosikal lebih mudah untuk parking dan sering mempunyai ruang khas. Ini dapat membantu untuk menjimatkan lagi masa apabila sudah sampai ke destinasi.
Faktor Gaya Menunggang
Gaya menunggang juga memainkan peranan. Motosikal biasanya lebih responsif dan ringan, membolehkan penunggang mempercepat dan memperlahankan kenderaan dengan lebih cepat.
Namun begitu, kelajuan ini perlu dikawal dengan baik. Menunggang secara agresif berpotensi untuk meningkatkan risiko kemalangan, walaupun ia memberi kelebihan dari segi masa.

Adakah Sentiasa Lebih Cepat?
Walaupun motosikal sering bergerak lebih cepat dalam bandar, ia tidak semestinya sentiasa lebih laju dalam semua situasi. Di lebuh raya tanpa trafik, kereta mungkin lebih selesa dan stabil untuk perjalanan jauh.
Namun dalam konteks Malaysia yang di mana trafik jam merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap pemandu dan penunggang, motosikal tetap mempunyai kelebihan yang jelas dari segi masa perjalanan.
Kesimpulan
Motosikal menjadi pilihan ramai kerana kelebihannya dalam mengharungi trafik, saiz yang kompak, dan keupayaan untuk bergerak dengan lebih fleksibel. Semua faktor ini menjadikan motosikal lebih cepat dalam kebanyakan situasi harian di Malaysia.
Walaupun begitu, keselamatan tetap perlu menjadi keutamaan. Kelajuan dan fleksibiliti pergerakan yang diperoleh tidak sepatutnya menjadi ancaman kepada keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain.



Facebook
Instagram
X (Twitter)
YouTube
LinkedIn
RSS