• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
Amzar Hazeeq
Mac 5, 2026

Panduan memilih skuter maxi yang selesa, berkuasa, dan praktikal untuk perjalanan jauh bersempena musim balik kampung.

skuter terbaik untuk balik kampung

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Perjalanan balik kampung selalu bermakna menempuhi jarak yang jauh dan lebuh raya yang panjang. Skuter dengan enjin sederhana hingga besar bukan sahaja menawarkan keselesaan dan kuasa yang cukup, tetapi juga ruang simpanan yang praktikal untuk beg dan barangan. Berikut ialah lima pilihan skuter terbaik yang sesuai untuk perjalanan balik kampung anda sempena Hari Raya yang akan datang.

skuter terbaik untuk balik kampung

1. MODA Sporter S

Skuter ini merupakan pesaing yang agak baru dalam pasaran skuter 250cc Malaysia, menawarkan pakej lengkap dengan teknologi moden pada harga yang kompetitif. Model ini menggunakan enjin 244cc satu silinder, menghasilkan kuasa sekitar 24.8hp dan 22.5 Nm tork, sesuai untuk cruising di lebuh raya dan bandar.

Ia dilengkapi sistem brek ABS dan Traction Control System (TCS) untuk keselamatan yang lebih baik, bersama meter TFT sebesar 6.2 inci dengan penyambungan Bluetooth untuk navigasi dan maklumat perjalanan. Skuter ini juga mempunyai ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas dan tangki 13 liter, menjadikannya pilihan praktikal untuk perjalanan balik kampung tanpa kos yang premium.

skuter terbaik untuk balik kampung

2. BMW C 400 GT

Skuter ini ialah pilihan premium untuk mereka yang mahukan keselesaan maksimum dan peralatan lengkap semasa perjalanan jauh. Model ini menggunakan enjin 350cc dengan kuasa sekitar 34hp dan 35nm tork, memberikan prestasi yang lebih mantap untuk cruising lebuh raya.

Skuter ini dilengkapi dengan sistem Ride by Wire, adjustable windscreen, skrin TFT yang besar, dan juga ruang simpanan yang cukup besar, belum masuk lagi dengan topcase optional 43.5 liter yang sangat berguna untuk ruang simpanan extra. Keselamatan ditingkatkan oleh ABS Pro dan kawalan stabiliti optimum, menjadikan perjalanan jauh lebih selamat dan tenang.

skuter terbaik untuk balik kampung

3. Honda ADV 350

Skuter ini terkenal dengan keseimbangan antara kemampuan touring dan kegunaan harian. Ia dikuasakan oleh enjin 330cc liquid-cooled dengan teknologi eSP+ daripada Honda, yang memberikan respon tork yang baik serta kecekapan bahan api yang tinggi walaupun pada kelajuan lebuh raya. ADV 350 juga dilengkapi dengan suspension travel yang panjang dan riding position yang lebih santai, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh yang melalui pelbagai keadaan jalan.

Ciri seperti paparan TFT 5 inci, sistem smart key, serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas turut menambah practicality skuter ini. Skuter ini juga mempunyai Honda RoadSync yang memudahkan untuk menyambung navigasi pada meter skuter, menjadikannya pilihan yang baik untuk perjalanan balik kampung sempena musim perayaan.

skuter terbaik untuk balik kampung

4. Yamaha XMAX

Salah satu skuter maxi paling popular di Malaysia, XMAX mempunyai rekod prestasi yang baik untuk perjalanan jauh. Model 250cc ini menawarkan kombinasi enjin dengan teknologi BlueCore yang cukup responsif, sistem CVT yang lancar, serta suspensi dan brek yang stabil untuk cruising santai. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar boleh memuatkan dua helmet, menjadikannya pilihan yang bijak untuk rider yang ingin membawa banyak barang semasa balik kampung.

Skuter ini juga mempunyai sistem Y-Connect yang membolehkan rider untuk sambung telefon pintar untuk memantau status motosikal, rekod perjalanan, navigasi dan notifikasi penting secara mudah. Gabungan ciri ini menjadikan XMAX sangat praktikal dan selesa untuk perjalanan balik kampung sempena Hari Raya. Walaupun tak sehebat enjin 350cc, XMAX tetap selesa pada kelajuan lebuh raya dan memberi prestasi yang seimbang untuk jarak jauh.

skuter terbaik untuk balik kampung

5. Honda Forza 250

Honda Forza 250 ialah skuter maxi yang direka untuk gabungan keselesaan, prestasi, dan practicality, sesuai untuk perjalanan jauh serta penggunaan harian. Ia dikuasakan oleh enjin 250cc eSP+ liquid cooled, memberikan prestasi yang stabil, lancar, dan cekap bahan api, sekaligus membolehkan perjalanan lebuh raya berjalan dengan selesa tanpa mengorbankan kuasa atau respons tork. Forza 250 menampilkan sistem brek ABS, suspensi yang lembut namun stabil, dan riding position yang santai untuk perjalanan jarak jauh.

Ruang simpanan di bawah tempat duduk yang luas membolehkan penunggang membawa barangan atau helmet tambahan, manakala meter TFT 5-inci dengan Honda RoadSync dan sistem smart key memudahkan kawalan dan keselamatan. Dengan kombinasi kestabilan, perlindungan angin dari cermin hadapan adjustable, dan ciri teknologi yang praktikal, Honda Forza 250 menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk perjalanan balik kampung sempena Hari Raya, sama ada untuk seorang penunggang atau bersama penumpang.

Kesimpulan

Pilihan skuter untuk balik kampung tidak semestinya hanya tentang enjin besar sahaja. Faktor seperti keselesaan tempat duduk, ruang simpanan, keselamatan, dan teknologi bantuan rider adalah penting untuk memastikan perjalanan jauh berjalan lancar dan selesa. Dari pilihan entry-level seperti Moda Sporter S hingga ke premium BMW C 400 GT, setiap model di atas menawarkan kelebihan tersendiri bergantung kepada bajet dan gaya pemanduan anda.

Kalau anda berminat untuk mencari skuter nak pakai untuk bawak balik kampung hari raya tahun ni? Skuter di atas ready stock di showroom kami. Jikalau anda beminat dengan skuter-skuter di dalam senarai ini, atau ingin mencari kapcai, sportbike, naked, boleh layari website iMotorbike atau datang ke cawangan berdekatan anda.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiapanduan pembeliskuterUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Mac 5, 2026
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items2026baruberitaGaya HidupIndustriKedai Motormalaysiapanduan pembeliskuterUtama

More in Berita

Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 

Hazique ZairillMac 5, 2026
Read More

Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden

Amzar HazeeqFebruari 26, 2026
Read More

Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda

Amzar HazeeqFebruari 25, 2026
Read More

Pemeriksaan Sebelum Menunggang yang Boleh Elakkan Kerosakan dan Situasi Kecemasan

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 

Hazique ZairillFebruari 24, 2026
Read More

5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Top 5 Masjid Best Untuk Solat Terawih Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?

Amzar HazeeqFebruari 19, 2026
Read More

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
    BeritaFebruari 11, 2026
  • RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?
    BeritaFebruari 11, 2026
  • 5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
    BeritaMac 5, 2026
  • Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 
    BeritaMac 5, 2026
  • Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
    BeritaMac 3, 2026
  • ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya
    BeritaMac 3, 2026
  • Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026
    BeritaMac 3, 2026
  • Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden
    BeritaFebruari 26, 2026
  • Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda
    BeritaFebruari 25, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat