• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

AFAZ Kencana Sport 115 Review: Kapcai Nasional Kedua

AFAZ Kencana Sport 115 Review: Kapcai Nasional Kedua
Hazique Zairill
Januari 20, 2026

AFAZ Kencana Sport 115, Sebuha Kapcai nasional kedua yang dibina untuk rakyat, dengan sentuhan kejuruteraan tempatan dan kebolehpercayaan Suzuki.

AFAZ Kencana Sport 115 Review 

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Baru-baru ini market kapcai Malaysia dikejutkan dengan kehadiran jenama nasional baharu, AFAZ, dan model pertama mereka yang mula menarik perhatian ialah Kencana Sport 115. Projek ini bukan sekadar produk, ia sebahagian daripada inisiatif nasional (AM-2) dan hasil kerjasama teknikal dengan Suzuki, motor ni jadi satu aspek “kebanggaan tempatan”.

Dari segi enjin, Kencana Sport guna asas Suzuki Smash Fi, enjin 113cc SOHC, satu silinder, berpenyejukan minyak Suzuki (SOCS) dengan fuel injection, menghasilkan sekitar 9.1 HP dan 9.0 Nm. Tetapi, bila sebut tentang motosikal Kencana Sport 115 ni, perkara pertama yang bermain di kepala ramai orang ialah: “Ini ke kapcai nasional kedua Malaysia, boleh tahan ke?” 

Jadi, bila kami diberi peluang untuk menunggang dan hidup bersama motosikal ini untuk beberapa hari, fokus kami mudah, adakah ia sedap ditunggang untuk kegunaan harian, dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan? 

AFAZ Kencana Sport 115 Review 

Rasa Pertama: Ringan, Mudah, Tak Mengintimidasi

Sejurus duduk di atas Kencana Sport 115, memang rasa ringan dan mesra pengguna. Ketinggian tempat duduk sesuai untuk kebanyakan penunggang Malaysia, sama ada lelaki atau perempuan, muda atau berusia. Handlebar tidak terlalu rendah atau tinggi, posisi tunggangan santai, sesuai untuk ulang-alik kerja. Memang seperti majoriti motor kapcai yang lain. 

Enjin 113cc ini jelaslah bukan jenis yang agresif, tetapi ia sangat smooth. Pickup awal awal cukup untuk keluar simpang, memotong kenderaan perlahan dan bergerak dalam trafik bandar. Apa yang kami suka, respon throttle terasa konsisten, tak “kosong” di bawah, dan tak mengejutkan bila dipulas.

Kelajuan cruising sekitar 60–80 km/j rasa stabil. Untuk jalan kampung atau bandar kecil, ini memang zon selesa Kencana Sport. Bunyi enjin senyap, tidak kasar, dan sesuai untuk tunggangan jarak jauh tanpa rasa letih. Even bawa dalam kebun pun motor ni memang champion. 

Suspensi KYB dan Brake Depan Nissin: Ini Bahagian Paling Menang

Ini bukan gimik. Shock absorber KYB di belakang memang buat perbezaan. Lalu jalan berlubang, bonggol, atau permukaan kasar, hentakan diserap dengan baik. Tidak melantun dan tidak terlalu lembut. Untuk kegunaan kampung, kebun, atau jalan rosak, Kencana Sport jelas lebih selesa berbanding kapcai biasa dalam kelas harga sama. 

Di depan, fork standard menjalankan tugas dengan baik. Gabungan depan dan belakang ini memberi rasa tunggang yang yakin, terutama bila bawa barang atau pembonceng. Dan yang paling penting, brek depan Nissin yang memberikan gigitan yang baik untuk sebuah kapcai 115cc. Ia tidak terlalu tajam, tetapi cukup untuk berhenti dengan selamat dalam situasi harian. Brek belakang drum masih digunapakai untuk Kencana 115 Sport ini dan ianya masih lagi relevan untuk segmen ini. 

Kawalan motosikal secara keseluruhan terasa stabil. Membelok di lorong sempit atau pusing U bukan masalah. Radius pusingan kecil dan mudah dikawal. Jalan jem pun memang tak jadi masalah. 

AFAZ Kencana Sport 115 Review 

Rekaan & Praktikaliti

Lampu LED depan dengan DRL bukan sahaja nampak moden, tapi juga terang waktu malam. Lampu belakang berbentuk “A” beri identiti tersendiri. Rasana, lama lama orang memang boleh kenal ini AFAZ dari jauh.

Tangki bahan api bawah tempat duduk menjadikan bahagian depan lebih ringan. Ruang kecil di bawah pelana cukup untuk simpan baju hujan atau barang asas. Meter analog masih menggunakan Suzuki Smash yang ringkas, senang baca, dan tidak mengelirukan.

AFAZ Kencana Sport 115 Review 

Untuk Siapa Sebenarnya Motor Ini?

Terus terang, AFAZ Kencana Sport 115 bukan untuk kaki laju. Motosikal ini untuk:

  • Pekerja ulang-alik harian
  • Penunggang kampung & pekebun
  • Pelajar & penunggang baru
  • Mereka yang mahukan motosikal murah, tahan, dan mudah dijaga

Kesimpulan: Kapcai yang reliable, Praktikal & Berjiwa Tempatan

AFAZ Kencana Sport 115 bukan datang untuk mengalahkan jenama Jepun dari segi prestasi. Ia datang untuk menyelesaikan keperluan harian rakyat Malaysia, murah, tahan lasak, selesa dan mudah diselenggara.

Dengan harga sekitar RM5,799, enjin Suzuki yang terbukti, suspensi KYB, brake hadapan Nissin dan kos pemilikan rendah, Kencana Sport 115 ialah satu permulaan yang sangat baik untuk jenama nasional kedua Malaysia.

Kalau AFAZ konsisten mengekalkan kualiti dan sokongan selepas jualan, Kencana Sport bukan sekadar “motor nasional”, tapi boleh jadi kapcai rakyat sebenar.

Spesifikasi AFAZ Kencana Sport 115

Engine & Performance

  • Type: 113cc, Single-cylinder, SOHC, 4-Stroke, Oil-cooled (Suzuki SOCS).
  • Power: 6.8 kW / 9.1 hp @ 7,500 rpm.
  • Torque: 9 Nm @ 6,500 rpm.
  • Fuel System: Electronic Fuel Injection (EFI).
  • Transmission: 4-speed gearbox. 

Chassis & Suspension

  • Front Suspension: Telescopic fork.
  • Rear Suspension: KYB twin shock absorbers, preload adjustable.
  • Front Brake: 220mm Hydraulic Disc.
  • Rear Brake: Drum.
  • Wheels: 40% locally produced, with spoke/alloy options. 

Dimensions & Capacity

  • Fuel Tank: 4.2 Litres (underseat).
  • Seat Height: 760 mm.
  • Weight: 100 kg (wet). 

Features

  • Lighting: LED Headlight (with DRLs) & LED Taillight (shaped like ‘A’).
  • Meter Panel: Analog display with gear indicator, warning lights, Suzuki logo.
  • Other: Easy Start System, European Euro 4 compliance. 

Development & Origin

  • Brand: AFAZ (collaboration with Suzuki).
  • Local Content: 40% body panels, wheels, exhaust.
  • Engine/Frame: Suzuki sourced/developed. 
@imotorbike.my

Afaz Kencana Sport 115 imotorbike afaz kencana

♬ original sound – imotorbike.my – imotorbike.my
Related Items2026AFAZamibaruberitaKencanamalaysiareviewsuzukiSuzuki SmashUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Januari 20, 2026
Hazique Zairill

Related Items2026AFAZamibaruberitaKencanamalaysiareviewsuzukiSuzuki SmashUtama

More in Berita

Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden

Amzar HazeeqFebruari 26, 2026
Read More

Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda

Amzar HazeeqFebruari 25, 2026
Read More

Pemeriksaan Sebelum Menunggang yang Boleh Elakkan Kerosakan dan Situasi Kecemasan

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 

Hazique ZairillFebruari 24, 2026
Read More

5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Top 5 Masjid Best Untuk Solat Terawih Pada Tahun 2026

Amzar HazeeqFebruari 24, 2026
Read More

Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?

Amzar HazeeqFebruari 19, 2026
Read More

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ride-by-Wire: Kelebihan & Isu Penyelenggaraan
    BeritaFebruari 3, 2026
  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
    BeritaFebruari 11, 2026
  • RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
    BeritaMac 3, 2026
  • ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya
    BeritaMac 3, 2026
  • Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026
    BeritaMac 3, 2026
  • Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden
    BeritaFebruari 26, 2026
  • Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda
    BeritaFebruari 25, 2026
  • Pemeriksaan Sebelum Menunggang yang Boleh Elakkan Kerosakan dan Situasi Kecemasan
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Kenapa Motor 250cc Adalah Female Friendly
Kenapa Kepenatan Mental Lebih Mempengaruhi Ride Daripada Kepenatan Fizikal
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat