• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Modifikasi Motor: Apa Yang Sah dan Tidak Sah di Malaysia?

Modifikasi Motor: Apa Yang Sah dan Tidak Sah di Malaysia?
Amzar Hazeeq
November 19, 2025

Ketahui modifikasi motor yang sah dan tidak sah di Malaysia. Panduan lengkap untuk penunggang supaya tidak kena saman JPJ dan menunggang dengan selamat.

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Modifikasi motor adalah salah satu cara untuk rider motosikal ada gaya tersendiri atau meningkatkan prestasi motosikal mereka. Ada yang nak motor lebih laju, lebih selesa, atau hanya nak rupa motor yang lebih menarik. Walau bagaimanapun, tak semua modifikasi dibenarkan di Malaysia. Banyak rider tak sedar bahawa perubahan kecil pun boleh menyebabkan saman atau pemeriksaan ketat oleh pihak berkuasa. Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang modifikasi apa yang sah dan tidak sah, supaya anda boleh menunggang dengan lebih selamat dan mengelakkan masalah undang-undang.

Modifikasi Motor Yang Sah di Malaysia

Modifikasi yang sah biasanya melibatkan perubahan ringan atau aksesori tambahan yang tidak menjejaskan keselamatan motor. Ia mudah diluluskan dan tidak memerlukan kelulusan khas daripada JPJ.

modifikasi motor malaysia

1. Menukar Warna Motor

Mengubah warna motor adalah salah satu modifikasi yang paling popular. Ia boleh buat motor nampak lebih unik atau menyerlah. Namun, undang-undang Malaysia menegaskan bahawa setiap perubahan warna didaftarkan dengan JPJ. Laporan ini penting untuk memastikan maklumat pada geran motor sepadan dengan warna sebenar motor. Kegagalan membuat laporan boleh menyebabkan saman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti kenderaan dengan tepat.

modifikasi motor malaysia

2. Menukar Tayar Mengikut Saiz Yang Hampir Sama

Menukar tayar kepada saiz yang hampir sama masih dibenarkan kerana ia tidak menjejaskan pengendalian motor secara drastik. Sebagai contoh, menaikkan lebar tayar sedikit atau memilih tayar dengan corak berbeza masih dibenarkan. Namun, elakkan dariada membuat perubahan saiz tayar yang terlalu besar kerana ia berpotensi untuk mengganggu kestabilan motor dan memberi risiko kepada penunggang. Pilihan tayar yang sesuai juga boleh meningkatkan cengkaman dan keselamatan semasa menunggang di dalam hujan.

modifikasi motor malaysia

3. Menambah Aksesori Tambahan

Menambah aksesori seperti winshield, side mirror tambahan atau slider dibenarkan selagi ia dipasang dengan betul dan tidak menghalang pandangan atau pergerakan motosikal. Winshield bukan sahaja membuatkan motor nampak lebih menarik, tetapi juga memberi perlindungan kepada penunggang daripada angin dan debu semasa menunggang, terutamanya pada kelajuan tinggi. Side mirror tambahan pula membantu penunggang untuk melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

modifikasi motor malaysia

4. Menukar Lampu Kepada LED Yang Tidak Terlalu Terang

Lampu LED semakin popular kerana ia lebih terang dan menjimatkan tenaga. Di Malaysia, menukar lampu asal kepada LED dibenarkan selagi ia tidak menyilaukan dan mengganggu pandangan pengguna jalan raya lain. Elakkan lampu berwarna selain putih atau kuning kerana lampu warna lain dianggap menyalahi peraturan. Lampu yang dipasang dengan betul bukan sahaja meningkatkan keselamatan penunggang, tetapi juga membuat motor lebih mudah dilihat pada waktu malam atau ketika cuaca buruk.

modifikasi motor malaysia

5. Penambahan Box atau Rak Barang

Box belakang, top box, atau side box membolehkan penunggang membawa barang dengan selamat tanpa mengganggu keseimbangan motor. Ia dibenarkan selagi dipasang kukuh dan tidak melebihi had muatan yang ditetapkan oleh pengeluar motor. Pilihan ini sangat praktikal untuk penunggang harian yang menggunakan motor untuk membeli-belah, bekerja, atau menghantar barangan kecil.

Modifikasi Motor Yang Tidak Sah di Malaysia

Modifikasi yang tidak sah biasanya dianggap berbahaya kerana ia mengubah spesifikasi asas motor, atau menyalahi piawaian keselamatan. Melakukan modifikasi ini boleh menyebabkan saman, penahanan motor, atau risiko untuk terlibat dalam kemalangan.

modifikasi motor malaysia

1. Potong Exhaust atau Buang Silencer

Exhaust yang terlalu bising adalah salah satu kesalahan paling kerap dikesan di jalan raya. Membuang silencer atau menukar exhaust kepada sistem yang tidak mematuhi standard bunyi akan menarik perhatian JPJ dan boleh dikenakan saman atau motor disita. Bunyi bising boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan risiko keselamatan kerana bunyi motor terlalu kuat boleh mengejutkan pemandu lain.

modifikasi motor malaysia

2. Menukar Lampu Kepada Warna Yang Dilarang

Penggunaan lampu selain putih dan kuning seperti biru, merah, hijau atau warna lain adalah dilarang dilarang. Warna tersebut boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain kerana menyerupai lampu kenderaan kecemasan seperti polis, bomba, atau ambulans. Penggunaan warna-warna ini juga boleh membuatkan pengguna jalan raya lain terganggu. Mengubah warna lampu ini boleh menyebabkan saman serta denda kerana dianggap melanggar undang-undang keselamatan jalan raya.

modifikasi motor malaysia

3. Mengubah Saiz Rim dan Tayar Secara Melampau

Perubahan rim dan tayar yang terlalu besar atau tidak sepadan boleh mengubah ketinggian motor atau sudut roda. Ini mengganggu pengendalian, keseimbangan, dan jarak brek motor. Modifikasi ekstrem ini sangat berbahaya, terutamanya semasa menunggang di selekoh tajam atau jalan basah kerana pengendalian motosikal sudah tidak selari dengan kebolhan motosikal.

modifikasi motor malaysia

4. Menukar Handlebar Yang Mengubah Ketinggian Secara Drastik

Handlebar jenis “ape hanger” atau yang terlalu lebar dianggap sebagai modifikasi ekstrem kerana ia mengubah cara motor dikawal. Ketinggian atau lebar yang berlebihan boleh menyebabkan penunggang sukar untuk kendalikan motor dengan tepat dan meningkatkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan.

modifikasi motor malaysia

5. Membuang Nombor Plat atau Mengubah Bentuknya

Plat nombor wajib mengikut saiz, font, dan warna yang ditetapkan JPJ. Plat kecil, tersembunyi, atau diubahsuai dengan bentuk pelik tidak dibenarkan. Tindakan ini boleh menyebabkan saman segera kerana pihak berkuasa sukar untuk mengenal pasti kenderaan ketika berlaku kejadian yang tidak diingini.

modifikasi motor malaysia

6. Modifikasi Enjin Untuk Menambah Kuasa Tanpa Kebenaran

Melakukan modifikasi seperti bore-up, menukar karburator besar, atau remap ECU yang melampau memerlukan kelulusan khas. Jika dilakukan tanpa kebenaran, ia dianggap tidak sah kerana boleh meningkatkan risiko kerosakan enjin dan kemalangan. Modifikasi enjin juga boleh menyebabkan motor gagal ketika pemeriksaan tahunan JPJ dilakukan.

Kenapa Modifikasi Tidak Sah Menjadi Isu?

Pihak berkuasa menguatkuasakan peraturan modifikasi untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Modifikasi yang keterlaluan boleh:

  • Mengganggu kestabilan dan kawalan motor,
  • Membahayakan penunggang atau pengguna jalan raya lain
  • Menyebabkan bunyi terlalu bising,
  • Mengelirukan pengguna jalan raya lain,
  • Menyukarkan pengenalan kenderaan oleh pihak berkuasa.

Dengan memahami peraturan ini, rider boleh membuat modifikasi yang selamat dan sah di sisi undang-undang.

Kesimpulan

Modifikasi motor memang menyeronokkan dan boleh menjadikan motor lebih menarik, selesa, dan unik. Namun, harus diingatkan supaya setiap perubahan perlu mengikut peraturan supaya anda tidak berdepan saman atau masalah dengan JPJ. Sebelum membuat modifikasi besar, pastikan anda memahami undang-undang dan membuat laporan yang diperlukan. Dengan cara ini, anda boleh menunggang dengan selamat, bergaya, dan bebas masalah.

Related Items2025malaysiamodifikasi motornewnewsUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 19, 2025
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items2025malaysiamodifikasi motornewnewsUtama

More in Berita

Motor Ubah Suai RM11,000 Disita JPJ 

Hazique ZairillDisember 9, 2025
Read More

JPJ: Gagal Bayar Saman, Tidak Layak Terima Subsidi Petrol BUDI95

Hazique ZairillDisember 9, 2025
Read More

Apa Perlu Buat Bila Motor Tersadai di Tengah Jalan?

Amzar HazeeqDisember 8, 2025
Read More

Cara Renew Insurans Motosikal: Patut Renew Awal atau Tunggu Sampai Expired?

Amzar HazeeqDisember 8, 2025
Read More

Kenapa Towing & Bantuan Kecemasan Penting Untuk Rider Jarak Jauh

Amzar HazeeqDisember 8, 2025
Read More

Benda Simple Tapi Ramai Salah: Kesilapan Claim Insurans Motosikal Yang Anda Kena Tahu

Amzar HazeeqDisember 5, 2025
Read More

5 Situasi Harian Yang Tunjukkan Pentingnya Insurans Motosikal

Amzar HazeeqDisember 5, 2025
Read More

Cara Claim Insurans Motosikal Tanpa Stress: Panduan Lengkap Untuk Rider

Amzar HazeeqDisember 4, 2025
Read More

Harga Insurans Motosikal: Panduan Lengkap Untuk Pemilik Motor

Amzar HazeeqDisember 4, 2025
Read More

Kenapa Insurans Komprehensif Berbaloi Untuk Motor Baru & Motor Mahal

Amzar HazeeqDisember 4, 2025
Read More

PDRM: Motor Yang Dah Modify Untuk Redah Banjir Boleh Kena Sita

Amzar HazeeqDisember 1, 2025
Read More

Motor Asyik Semput? Ini Punca & Cara Atasinya Dengan Cepat

Amzar HazeeqDisember 1, 2025
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Yamaha MT-25 Price Specs & Review Malaysia
    5 Insurans Motor Termurah di Malaysia – Pilihan Paling Berbaloi
    BeritaNovember 25, 2025
  • Yamaha MT-25 Price Specs & Review Malaysia
    5 Insurans Motor Terbaik di Malaysia: Pilihan Teratas untuk Motor Anda
    BeritaNovember 23, 2025
  • Model Motor Bawah RM10,000 Yang Paling Berbaloi Tahun Ini
    BeritaNovember 20, 2025
  • 5 Motosikal Kegemaran Anak Muda Zaman Sekarang 
    BeritaNovember 20, 2025
  • Motor Second Hand Mana Yang Paling Reliable & Berbaloi? Ini 5 Model Pilihan Ramai
    BeritaNovember 28, 2025
  • Tiga Jenis Helmet Paling Popular: Apa Sebenarnya Perbezaannya?
    BeritaNovember 20, 2025
  • Yamaha XMAX 250 vs MODA Sporter-S: Perbandingan Penuh untuk Pembeli Malaysia
    BeritaNovember 24, 2025
  • Motor Ubah Suai RM11,000 Disita JPJ 
    BeritaDisember 9, 2025
  • JPJ: Gagal Bayar Saman, Tidak Layak Terima Subsidi Petrol BUDI95
    BeritaDisember 9, 2025
  • Apa Perlu Buat Bila Motor Tersadai di Tengah Jalan?
    BeritaDisember 8, 2025
  • Cara Renew Insurans Motosikal: Patut Renew Awal atau Tunggu Sampai Expired?
    BeritaDisember 8, 2025
  • Kenapa Towing & Bantuan Kecemasan Penting Untuk Rider Jarak Jauh
    BeritaDisember 8, 2025
  • Benda Simple Tapi Ramai Salah: Kesilapan Claim Insurans Motosikal Yang Anda Kena Tahu
    BeritaDisember 5, 2025
  • 5 Situasi Harian Yang Tunjukkan Pentingnya Insurans Motosikal
    BeritaDisember 5, 2025
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Minyak Mineral, Semi-Synthetic & Fully Synthetic, Ada Perbezaan Ke?
Masa Depan Motor Elektrik Di Malaysia: Kelebihan, Kekurangan & Perkara Perlu Tahu
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat