• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

5 Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

5 Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike
Amzar Hazeeq
November 10, 2025

Temui 5 motor Modenas terbaik yang boleh anda dapati di iMotorbike, daripada skuter praktikal hingga motosikal berkuasa tinggi seperti Modenas Dominar D400 dan Pulsar RS200. Ketahui kelebihan setiap model di sini!

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Modenas ialah jenama motosikal tempatan yang terkenal dengan kualiti, reka bentuk menarik, dan harga berpatutan. Sejak bertahun-tahun, jenama ini menjadi pilihan ramai penunggang di Malaysia. Sama ada untuk perjalanan ke tempat kerja atau tunggangan santai hujung minggu, Modenas sentiasa ada pilihan sesuai untuk setiap keperluan.

Di iMotorbike, anda boleh mencari dan membandingkan pelbagai model Modenas dengan mudah. Dari skuter jimat minyak hingga motosikal berkuasa besar, semuanya boleh didapati di satu tempat. Mari kita lihat 5 motor Modenas terbaik yang terdapat di iMotorbike.

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

1. Modenas Karisma 125 – Skuter Harian Serba Praktikal dan Jimat

Modenas Karisma 125 ialah skuter harian yang terkenal dengan kecekapan bahan api dan reka bentuk moden. Ia menggunakan enjin four stroke 125cc yang meghasilkan sekitar 9.3hp. Kuasanya mencukupi untuk kegunaan harian di kawasan bandar. Ruang penyimpanan di bawah tempat duduknya luas, sesuai untuk menyimpan helmet dan barangan kecil. Dengan tangki minyak 5 liter, anda boleh menunggang lebih jauh tanpa perlu isi minyak selalu.

Selain itu, sistem brade disk depan memberikan kawalan lebih baik semasa membrek. Suspensinya juga direka untuk menyerap hentakan dengan baik di jalan tidak rata. Secara kesimpulan, Karisma 125 ialah pilihan tepat bagi penunggang yang mahukan skuter praktikal, jimat, dan tahan lama.

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

2. Modenas Dominar D400 – Touring Bike Berkuasa dan Selesa

Jika anda suka ride jauh, Modenas Dominar D400 ialah model yang sesuai. Ia dilengkapi enjin 374cc DOHC dengan sistem fuelk-injection dan penyejukan cecair. Kuasa 40hp dan tork 35Nm memberi pecutan lancar serta feel riding yang stabil di lebuh raya.

Reka bentuknya berkonsepkan “sports touring”, menjadikan riding position lebih selesa untuk perjalanan jarak jauh. Lampu LED penuh, sistem ABS dual channel, serta suspensi belakang monoshock menambah kestabilan dan keselamatan motor ini. Dominar D400 juga menyerlah dengan gaya naked bike yang agresif dan maskulin. Ia sesuai untuk penunggang berpengalaman mahupun mereka yang mahu naik taraf ke motosikal berkuasa lebih besar.

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

3. Modenas Elegan 250 – Skuter Maxi dengan Gaya dan Keselesaan

Modenas Elegan 250 ialah skuter maxi yang menggabungkan keselesaan dan prestasi. Motosikal ini dikuasakan enjin 249cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. Enjin ini memberikan kuasa lancar serta pecutan stabil untuk perjalanan di bandar dan di lebuh raya.

Tempat duduknya luas dan empuk, sesuai untuk dua penunggang. Ruang penyimpanan di bawah seat juga sangat besar dan boleh muat dua helmet penuh. Skuter ini turut dilengkapi sistem brek ABS, panel meter digital, dan suspensi yang direka untuk keselesaan maksimum. Dengan reka bentuk elegan dan prestasi mantap, Elegan 250 menjadi pilihan ramai penunggang yang mahukan gaya hidup moden serta tunggangan selesa setiap hari.

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

4. Modenas Pulsar NS200 – Streetfighter Gaya Sporty

Bagi rider muda dan berjiwa lasak, Modenas Pulsar NS200 ialah pilihan yang sesuai. Ia menggunakan enjin 200cc dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi Triple Spark. Enjin ini mampu menghasilkan 24.5hp dan tork 18.6Nm. Pulsar NS200 menawarkan pecutan pantas dengan kawalan mudah.

Suspensi depan teleskopik dan belakang monoshock memberikan kestabilan tinggi semasa mengambil selekoh. Sistem brake disk di kedua-dua bahagian memastikan kawalan lebih selamat. Dari segi gaya, motor ini menonjol dengan reka bentuk tajam dan tangki bahan api 12 liter. Ia juga dilengkapi panel meter digital yang memaparkan semua maklumat penting. NS200 sesuai untuk mereka yang mahukan motor sporty dengan harga berpatutan.

Motor Modenas Terbaik yang Terdapat di iMotorbike

5. Modenas Pulsar RS200 – Sportbike dengan Prestasi dan Gaya Premium

Modenas Pulsar RS200 ialah sportbike berprestasi tinggi yang direka untuk penunggang yang sukakan kelajuan. Ia menggunakan enjin 200cc DOHC dengan sistem fuel injection, memberikan 24.5hp dan tork 18.6Nm. Fairing penuh pada RS200 bukan sahaja menaikkan rupa sporty, tetapi juga membantu mengurangkan rintangan angin pada kelajuan tinggi.

Motor ini turut dilengkapi sistem ABS dual channel, disk brake depan 300mm, dan suspensi berkualiti untuk kawalan lebih stabil. Dengan kedudukan tempat duduk ergonomik dan reka bentuk aerodinamik, Pulsar RS200 menawarkan keselesaan walaupun ketika ride jauh. Ia adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan sportbike mampu milik tetapi bergaya seperti model premium.

Kesimpulan: Modenas, Pilihan Tepat untuk Semua Penunggang

Modenas terus membuktikan bahawa motosikal buatan tempatan mampu menyaingi jenama antarabangsa dari segi prestasi, gaya, dan ketahanan. Mereka mampu menawarkan pelbagai model yang sesuai untuk setiap gaya hidup.

Sama ada anda mencari skuter praktikal seperti Karisma 125, touring bike berkuasa seperti Dominar D400, atau sportbike penuh gaya seperti Pulsar RS200, semuanya boleh didapati di iMotorbike. Jika anda mahukan motor motor di dalam list ini, atau ingin membeli motor model lain, jual, atau trade in motor, datanglah ke cawangan iMotorbike berdekatan anda.

Related Items2025baruberitadominarelegankarismamalaysiamodenasPulsar RS200Utama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
November 10, 2025
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items2025baruberitadominarelegankarismamalaysiamodenasPulsar RS200Utama

More in Berita

Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?

Amzar HazeeqFebruari 19, 2026
Read More

RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Motor Moden ‘Merajuk’ Tanpa Warning? Jom Faham Kenapa

Amzar HazeeqFebruari 16, 2026
Read More

Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Naik Kapcai, Pakai Helmet Fullface — Kenapa Tidak?

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Perkhidmatan Rescue Motosikal Mengangkut Motor Dengan Selamat

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Bagaimana Pasukan MotoGP Memilih Tayar Perlumbaan

Amzar HazeeqFebruari 11, 2026
Read More

Top 5 Motor Artis Malaysia: Bila Selebriti & Jentera Jadi Lambang Personaliti

Hazique ZairillFebruari 11, 2026
Read More

JDT Racing Team Sah Ganding Hafizh Syahrin & Andi Gilang Untuk ARRC 2026

Hazique ZairillFebruari 10, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Risiko Jangka Panjang Guna Ekzos Aftermarket
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Cara Salah Tukar Gear Boleh Makan Gearbox Motor Anda
    BeritaJanuari 29, 2026
  • Rider Harian vs Rider Touring: Kesan Berbeza Terhadap Motor
    BeritaJanuari 30, 2026
  • Afaz Kencana Sport 115 vs Yamaha EZ115: Dua Kapcai 115cc, Dua Pendekatan Berbeza
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Suzuki Minat Sertai Segmen 350–500cc
    BeritaJanuari 28, 2026
  • AFAZ AO3 Supermoped: Pencabar Baru Segmen Kapcai 150cc 2026?
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Tabiat Menunggang Yang Perlahan-Lahan Merosakkan Motor
    BeritaJanuari 28, 2026
  • Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?
    BeritaFebruari 19, 2026
  • RCB MiniMoto Championship Kini Dijenamakan Semula Sebagai RCB MotoKidz Championship
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Hujan, Panas, Banjir: Bagaimana Cuaca Boleh Buat Motor Cepat Rosak
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Motor Moden ‘Merajuk’ Tanpa Warning? Jom Faham Kenapa
    BeritaFebruari 16, 2026
  • Hujan Berpanjangan Bataskan Ujian Hakim Danish Di Portugal
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Jentera MotoGP Aleix Espargaró Bakal Dilelong di UK
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Ujian Rasmi Moto4 Asia Cup Berakhir Positif Buat Pelumba Negara
    BeritaFebruari 11, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

5.5 Juta Saman JPJ Belum Dibayar, Pemandu Diingat Lunaskan Sebelum Akhir Tahun – Loke
UPSI Serah Dua Unit Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat