• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

Sprint Race MotoGP: Perlumbaan Pendek yang Bikin Degupan Jantung Laju!

Sprint Race MotoGP: Perlumbaan Pendek yang Bikin Degupan Jantung Laju!
Amzar Hazeeq
Oktober 13, 2025

Ketahui apa itu Sprint Race MotoGP, bagaimana formatnya berfungsi, peraturan dan sistem mata, serta perbezaannya dengan perlumbaan utama dalam kejuaraan dunia MotoGP.

Sprint Race MotoGP

Langgan saluran Instagram kami untuk info dan berita terkini!

Mulai musim 2023, MotoGP memperkenalkan satu format baru yang mencuri perhatian seluruh dunia iaitu Sprint Race. Idea ini diambil daripada sukan seperti Formula 1, yang dah lama uji format perlumbaan pendek ni. Namun, dalam dunia dua roda, Sprint Race membawa dimensi yang sangat berbeza. Ia lebih pantas, lebih agresif, dan lebih tidak dapat dijangka. Ramai peminat mula tertanya-tanya, apakah sebenarnya Sprint Race MotoGP, bagaimana ia dijalankan, dan mengapa ia diperkenalkan? Jom kita jelaskan satu persatu dengan cara yang mudah difahami.

Sprint Race MotoGP

Apakah Maksud Sprint Race Dalam MotoGP

Sprint Race ialah perlumbaan tambahan yang diadakan setiap hari Sabtu, sehari sebelum perlumbaan utama MotoGP. Ia merupakan perlumbaan jarak pendek, biasanya sekitar separuh daripada jumlah pusingan perlumbaan utama. Sebagai contoh, kalau perlumbaan utama kat Litar Sepang ada 20 pusingan, Sprint Race hanya akan berlangsung sekitar 10 pusingan. Tiada keperluan untuk masuk pit, tukar tayar, atau gunakan strategi rumit. Dalam Sprint Race, semuanya tentang kelajuan maksimum, fokus tinggi, dan ketahanan jangka pendek.

Sprint Race MotoGP

Tujuan Sprint Race Diperkenalkan

Dorna Sports, selaku penganjur MotoGP, memperkenalkan Sprint Race dengan beberapa tujuan. Yang pertama adalah untuk menambah aksi dan hiburan pada setiap hujung minggu, seterusnya memberikan peluang tambahan kepada pelumba untuk mengutip mata kejuaraan, dan untuk menarik lebih banyak penonton ke litar pada hari Sabtu. Format ini juga membantu untuk kekalkan momentum peminat, kerana kini setiap hari dalam hujung minggu MotoGP mempunyai sesuatu yang penting iaitu latihan, kelayakan, dan dua perlumbaan penuh aksi.

Sprint Race MotoGP

Format dan Peraturan Sprint Race MotoGP

Sprint Race biasanya diadakan pada hari Sabtu petang, selepas sesi kelayakan (Q1 & Q2).
Kedudukan grid untuk Sprint Race ditentukan berdasarkan keputusan kelayakan, sama seperti perlumbaan utama pada Ahad. Aapa yang beza perlumbaan utama boleh mengambil masa 40 hingga 45 minit, Sprint Race biasanya 20 minit sahaja. Disebabkan tempoh yang singkat, pelumba perlu beraksi agresif dari lampu hijau pertama, tanpa ruang untuk kesilapan. Tiada pit stop, tiada perubahan tayar hanya aksi pecut dari mula hingga akhir.

Sistem Pemberian Mata Dalam Sprint Race

Walaupun lebih pendek, Sprint Race tetap memberi mata kejuaraan yang diambil kira ke dalam jumlah keseluruhan musim. Namun, mata yang diberikan adalah separuh daripada perlumbaan utama. Berikut ialah sistem mata rasmi Sprint Race MotoGP:

KedudukanMata Diberi
112
29
37
46
55
64
73
82
91

Setiap mata sangat berharga terutamanya dalam musim kejuaraan yang sengit. Kadang-kadang, beza satu mata dalam Sprint Race boleh menentukan siapa juara dunia pada akhir tahun.

Sprint Race MotoGP

Perbezaan Sprint Race dan Perlumbaan Utama

AspekSprint RacePerlumbaan Utama
Hari PerlumbaanSabtuAhad
JarakSeparuh daripada jarak penuhJarak penuh
Masa±20 minit±40 minit
MataSeparuh mataMata penuh
StrategiTiada pit stop, aksi pantasLebih taktikal dan strategi tayar
TujuanAksi tambahan & hiburanPerlumbaan kejuaraan utama

Bagaimana Kelayakan (Qualifying) Mempengaruhi Sprint Race

Kedudukan pelumba dalam Sprint Race bergantung sepenuhnya kepada keputusan kelayakan (Q1 dan Q2). Tiada sesi khas disediakan untuk Sprint Race. Ini bermakna pelumba yang berjaya mencatat masa terbaik dalam Q2 akan bermula dari barisan hadapan untuk kedua-dua perlumbaan Sprint Race dan perlumbaan utama. Sesi kelayakan kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini, kerana kedudukan grid yang baik boleh membawa dua peluang kemenangan dalam satu minggu.

Sprint Race MotoGP

Kesan Sprint Race Terhadap Pelumba dan Pasukan

Sprint Race bukan untuk menambah aksi sahaja, ia juga menambah beban fizikal dan mental kepada pelumba serta pasukan. Dalam satu hujung minggu, mereka kini perlu menempuh dua perlumbaan penuh tekanan, serta lebih banyak risiko terjatuh atau kecederaan. Namun, ramai pelumba seperti Francesco Bagnaia dan Jorge Martín mengakui bahawa format ini menjadikan sukan lebih menarik dan mencabar. Ia juga memberi peluang kepada pelumba muda untuk menonjol, kerana jarak pendek membolehkan mereka menunjukkan kelajuan tanpa perlu memikirkan strategi jangka panjang.

Reaksi Peminat dan Dunia MotoGP

Sejak diperkenalkan, Sprint Race telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat. Hari Sabtu kini tidak lagi dianggap “hari latihan semata-mata”, tetapi hari perlumbaan sebenar. Jumlah penonton di litar dan siaran TV juga meningkat, menjadikan keputusan Dorna Sports satu langkah bijak dari segi hiburan dan juga dari segi komersial.

Kesimpulan: Sprint Race Bawa Nafas Baharu kepada MotoGP

Sprint Race MotoGP bukan sekadar tambahan kecil dalam jadual, tapi ia adalah perubahan besar dalam struktur hujung minggu perlumbaan. Dengan format yang lebih pantas, agresif dan tidak dapat dijangka, peminat kini dapat menikmati dua perlumbaan penuh adrenalin dalam satu minggu. Ia menjadikan MotoGP lebih menarik, lebih moden, dan lebih seimbang antara hiburan dan persaingan sebenar. Sama ada anda peminat lama atau baru, Sprint Race dah jadi salah satu elemen penting dalam pengalaman menonton MotoGP yang sebenar.

Related Items2025baruberitamalaysiamotogpsepangSepang Circuitsprint racetissotUtama
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Oktober 13, 2025
Amzar Hazeeq

Cars and motorcycles have always been more than just machines; for some people, it's their source of happiness.

Related Items2025baruberitamalaysiamotogpsepangSepang Circuitsprint racetissotUtama

More in Berita

MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S

Hazique ZairillMac 18, 2026
Read More

Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!

Hazique ZairillMac 18, 2026
Read More

Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!

Hazique ZairillMac 17, 2026
Read More

Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 

Hazique ZairillMac 17, 2026
Read More

Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar

Amzar HazeeqMac 17, 2026
Read More

Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit

Hazique ZairillMac 16, 2026
Read More

Motor Day Sale 2026 iMotorbike Berlangsung Meriah Di Seluruh Negara

Hazique ZairillMac 16, 2026
Read More

Tekanan Angin Tayar Motor: Kenapa Ramai Penunggang Masih Abaikan?

Amzar HazeeqMac 16, 2026
Read More

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat

Hazique ZairillMac 12, 2026
Read More

JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!
    BeritaMac 18, 2026
  • Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!
    BeritaMac 17, 2026
  • Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 
    BeritaMac 17, 2026
  • Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar
    BeritaMac 17, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Rancang Perjalanan Balik Raya 2026: Tips ‘Safe Ride’ & ‘Safe Drive’ Sampai Ke Kampung!
    BeritaMac 18, 2026
  • Jual Motor Dengan Kami Di iMotorbike!
    BeritaMac 17, 2026
  • Beli Motor dengan Kami di iMotorbike! 
    BeritaMac 17, 2026
  • Motosikal Moden Lebih Susah Diselenggara? Ini Jawapan Sebenar
    BeritaMac 17, 2026
  • Ops Hari Raya: JPJ Terengganu Perangi Aktiviti Mat Rempit
    BeritaMac 16, 2026
  • Motor Day Sale 2026 iMotorbike Berlangsung Meriah Di Seluruh Negara
    BeritaMac 16, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Honda CBR150R vs Yamaha R15 – Dua Sportbike 150cc yang Nampak Sama Tapi Tak Serupa!
6 Motorsikal Terbaik di iMotorbike Johor untuk Mereka yang Bekerja di Singapura
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat