• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu

PM Anwar Ibrahim Sokong Penuh RXZ Members 7.0 di Terengganu
Hazique Zairill
Ogos 21, 2025

Acara tahunan terbesar komuniti RXZ Members 7.0 bakal menghimpunkan ribuan peminat permotoran di Litar Gong Badak pada 22 dan 23 Ogos ini dengan sokongan Kerajaan MADANI.

RXZ Members 7.0

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Hujung minggu ini, salah satu acara tahunan permotoran terbesar di Malaysia, RXZ Members 7.0, bakal berlangsung sekali lagi di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

Dalam satu hantaran terbaharu di Facebook rasmi RXZ Members, penganjur merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim, atas sokongan penuh yang diberikan terhadap penganjuran edisi kali ini.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia kerana titipkan ucapan dengan menyokong penuh penganjuran RXZ Members 7.0 2025. Alhamdulillah, terima kasih PMX & Kerajaan Madani kerana menghargai kami komuniti RXZ Members serta warga permotoran lain di Malaysia. Inilah penghargaan besar buat kami,” jelas kenyataan tersebut.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 sebagai tanda komitmen untuk menjayakan program berkenaan. Beliau menambah bahawa perbincangan lanjut bersama pihak penganjur akan diadakan bagi menilai keperluan seterusnya.

“Program ini menjadi platform utama yang menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi,” kata Anwar Ibrahim.

RXZ Members 7.0
Sources: Facebook/@rxzmembersofficial

Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan program, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menggerakkan pasukan pemantauan serta kawalan trafik sepanjang acara.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menyokong penganjuran ini namun mengingatkan peserta agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

“Peserta yang menunggang motosikal diingatkan agar tidak mempamerkan aksi berbahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya lain. Pada masa sama, kami mengalu-alukan orang ramai memeriahkan program ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan,” katanya.

Acara RXZ Members 7.0 akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 22 dan 23 Ogos 2025, dengan jangkaan ribuan pemilik dan peminat Yamaha RXZ serta komuniti permotoran dari seluruh Malaysia hadir bagi meraikan semangat kekeluargaan dunia dua roda.

Related Items2025baruberitapdrmRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Ogos 21, 2025
Hazique Zairill

Related Items2025baruberitapdrmRXZRXZ Members 7.0Utamayamaha

More in Berita

Kawasaki Ninja 500 vs Kawasaki Ninja 650: Dua Sportbike, Dua Tahap Berbeza

Amzar HazeeqApril 8, 2026
Read More

Kawasaki Ninja 500 SE Review: Pilihan Ideal Untuk “Big Bike” Pertama

Hazique ZairillApril 8, 2026
Read More

Kove 450R vs CFMoto 450NK: Duel Naked Bike 450cc di Malaysia

Amzar HazeeqApril 8, 2026
Read More

Low Yat Meriah dengan Roadshow iMotorbike

Hazique ZairillApril 7, 2026
Read More

Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

Nak Duit Cepat? Jual Motor Dengan iMotorbike – Mudah, Cepat & Tanpa Stress

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

KTM RC 450 Diperkenalkan di China

Hazique ZairillApril 6, 2026
Read More

Sesi Pemilihan RCB MotoKidz Championship 2026 Terus Cungkil Bakat Baharu

Amzar HazeeqApril 6, 2026
Read More

Cara Bawa Motor Clutch untuk Beginners: Step-by-Step Guide (Tips dari Rider Berpengalaman)

Amzar HazeeqApril 3, 2026
Read More

Top 5 Motor Yang Confirm Buat Awek Pandang

Hazique ZairillApril 3, 2026
Read More

Riding Gear Wajib untuk Rider: Keselamatan Bukan Pilihan

Amzar HazeeqApril 3, 2026
Read More

Motor Bajet Bawah RM3K Yang Terdapat di iMotorbike

Amzar HazeeqApril 2, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • MForce Umum Penarikan Balik QJMotor AX200S
    BeritaMac 18, 2026
  • Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan
    BeritaApril 6, 2026
  • Motor Bajet Bawah RM3K Yang Terdapat di iMotorbike
    BeritaApril 2, 2026
  • Motor Thailand vs Motor Malaysia: Kenapa Nama Berbeza Walaupun Model Sama?
    BeritaApril 2, 2026
  • Top 5 Kapcai Terbaik Untuk Dibeli April 2026
    BeritaMac 31, 2026
  • Top 5 Motor Yang Confirm Buat Awek Pandang
    BeritaApril 3, 2026
  • Cara Bawa Motor Clutch untuk Beginners: Step-by-Step Guide (Tips dari Rider Berpengalaman)
    BeritaApril 3, 2026
  • Kawasaki Ninja 500 vs Kawasaki Ninja 650: Dua Sportbike, Dua Tahap Berbeza
    BeritaApril 8, 2026
  • Kawasaki Ninja 500 SE Review: Pilihan Ideal Untuk “Big Bike” Pertama
    BeritaApril 8, 2026
  • Kove 450R vs CFMoto 450NK: Duel Naked Bike 450cc di Malaysia
    BeritaApril 8, 2026
  • Low Yat Meriah dengan Roadshow iMotorbike
    BeritaApril 7, 2026
  • Motor Apa Paling Best untuk Ulang Alik Kerja? Ini Top 5 Pilihan
    BeritaApril 6, 2026
  • Nak Duit Cepat? Jual Motor Dengan iMotorbike – Mudah, Cepat & Tanpa Stress
    BeritaApril 6, 2026
  • KTM RC 450 Diperkenalkan di China
    BeritaApril 6, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

Umur Berapa Boleh Ambil Lesen Motor di Malaysia? Ini Jawapan & Syarat JPJ
Himpunan RXZ Members 7.0 Catat 150,000 Peserta – Edisi Paling Besar di Terengganu
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat