• Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
imotorbike logo
  • Jual & Beli
  • Berita
  • Panduan Pembeli
    • Membeli Motosikal
    • Pengalaman Pertama & Ulasan
    • Spesifikasi Harga & Lain-lain
  • Gaya Hidup
    • Konsep & Kustom
    • Event
    • Sukan Motor
    • Petua & Cerita
    • Pengembaraan
  • Facebook

  • Instagram

  • X (Twitter)

  • YouTube

  • LinkedIn

  • RSS

Berita

6 Superbike Murah Malaysia – Semua Ready Stock di iMotorbike!

6 Superbike Murah Malaysia – Semua Ready Stock di iMotorbike!
Hazique Zairill
Julai 25, 2025

6 Superbike Murah Malaysia, semuanya tersedia dan ready stock di iMotorbike, lengkap dengan top speed yang bikin jantung berdegup laju!

6 Superbike Murah Malaysia

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Ada tengah cari superbike, ataupun dalam bahasa pasar, SBK, tapi tak nak sampai poket koyak rabak? Haa, dekat iMotorbike.com, ada banyak stok jentera superbike terpakai yang masih power gila tapi harga sangatlah mampu milik! 

Kali ni, kami senaraikan enam superbike “murah” yang confirm bagi pengalaman tunggangan ekstrem, top speed gila, dan semua ni masih ready stock di showroom kami di Glenmarie. Jom tengok jentera-jentera yang confirm buat korang senyum panjang setiap kali twist throttle:

6 Superbike Murah Malaysia

Honda CBR1000R 2012

Walaupun bukan model terkini, CBR1000R tahun 2012, ataupun lebih dikenali sebagai CBR Pikachu sebab reka bentuk lampu depannya, masih bawa rasa liar dengan enjin 998cc inline-four yang mampu hasilkan 141 hp. Kalau cukup lurus dan lepas, boleh capai kelajuan lebih 290 km/j.

Walaupun reka bentuk dia nampak sedikit klasik dan simple berbanding SBK moden lain, chassis twin-spar frame dia kekalkan gaya garang dan stabil untuk kategori 1000cc. Bunyi pun dah cukup padu. Kalau nak lagi bergaya, boleh je “make up” sikit dengan aksesori aftermarket. Baru ngam!

Ducati 848 EVO 2010

Untuk korang yang suka gaya dan bunyi eksotik Itali, Ducati 848 EVO 2010 ni memang wajib ada dalam radar. Enjin L-twin 849cc dia boleh pecut sampai sekitar 280 km/j, dan bunyi ekzos garau dia memang sedap untuk telinga semua pencinta motor.

Model ni walaupun dah ‘berusia’, masih digilai ramai sebab DNA Ducati dia yang tulen dan gaya rare. Bawak motor ni lepak pagi Ahad dekat BHP Gombak confirm ramai toleh dua kali, memang lain dari yang lain!

6 Superbike Murah Malaysia

Suzuki GSX-R1000 2019

Generasi GSX-R1000 tahun 2019 (L9) ni memang upgrade besar, datang dengan pelbagai teknologi elektronik termasuk quickshifter, ABS, traction control dan enjin 999cc VVT yang mampu hasilkan 199 hp. Boleh capai top speed sekitar 290 km/j.

Chassis ringan dan kawalan stabil buatkan motor ni sesuai untuk pecut atas highway ataupun layan selekoh kat track. Dengan harga sekarang di iMotorbike, memang berbaloi gila untuk superbike yang masih lagi dalam condition fresh dan liar.

6 Superbike Murah Malaysia

Yamaha YZF‑R6 2013

Kalau korang kaki cornering, Yamaha R6 2013 ni memang jodoh korang. Dengan enjin high-revving yang boleh pergi sampai 17,500 rpm, dan output lebih 120 hp, dia boleh mencecah kelajuan lebih 270 km/j. 

Reka bentuk dia pula memang evergreen, ekor tajam, body agresif, dan bunyi inline-four yang halus tapi berbisa. Memang sedap untuk ride hujung minggu atau bawa masuk track day.

6 Superbike Murah Malaysia

BMW S1000RR 2018

BMW S1000RR 2018 ni boleh dikira antara SBK paling lengkap dalam senarai ni. Enjin 999cc dia hasilkan 205 hp, dan sistem elektronik dia, Dynamic Traction Control, ABS Pro, riding mode, semua sekali memang sangat canggih.

Top speed? Jangan main-main, boleh capai hingga 299 km/j. Tapi yang paling best, sekarang korang boleh miliki versi terpakai ni dengan harga jauh lebih rendah berbanding beli baru. Prestasi kelas dunia, tapi poket tak rabak. Maintenance tu boleh adjust dan planning balik budget korang bulan-bulan.

6 Superbike Murah Malaysia

Ducati Panigale V2 2023

Last but not least, untuk korang yang sanggup “invest” sikit lebih, Panigale V2 2023 ni memang next level. Enjin 955cc L-twin dia keluarkan 155 hp, cukup untuk pecut lebih 290 km/j, dan semua ciri elektronik moden Ducati dah siap built-in.

Dengan reka bentuk premium dan feel Italian sportbike yang mewah, Panigale V2 sesuai untuk korang yang nak tampil dengan gaya sambil layan performance.

Kesimpulan 

Kesemua model ini berada di iMotorbike.com,  ready stock, kondisi periksa, dan harga berbaloi. Sama ada nak apex corner kejar masa, cruising santai, atau sekadar tunjuk gaya, superbike murah ini pasti memenuhi citarasa. 

Jadi, tunggu apa lagi? Layari iMotorbike sekarang, tengok sendiri kondisi superbike idaman korang, test ride, dan terus bawa balik jentera yang buat setiap perjalanan jadi lebih menggila!

Related Items1000cc2025baruberitaBMWducatiHondamalaysiamurahSBKsuperbikesuzukiUtamayamaha
To read the full story
login with google
login with facebook
or
Create an account for free
This won't cost you.
by clicking this button you agree to iMotorbike's visitor agreement
Already have an account? Sign in here
Click here to get notified on every new article
Berita
Julai 25, 2025
Hazique Zairill

Related Items1000cc2025baruberitaBMWducatiHondamalaysiamurahSBKsuperbikesuzukiUtamayamaha

More in Berita

Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat

Hazique ZairillMac 12, 2026
Read More

JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri

Hazique ZairillMac 11, 2026
Read More

Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia

Amzar HazeeqMac 9, 2026
Read More

5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya

Amzar HazeeqMac 5, 2026
Read More

Cub Prix: Voge Racing Team Sasar Cabar Podium 

Hazique ZairillMac 5, 2026
Read More

Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

ABS vs Non-ABS: Perbezaan, Risiko dan Kelebihannya

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Qabil Irfan Tamat Kemarau Podium Malaysia di Moto4 Asia Talent Cup 2026

Amzar HazeeqMac 3, 2026
Read More

Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden

Amzar HazeeqFebruari 26, 2026
Read More
We want to buy your bike Join us on Instagram
Scroll for more
Tap

Join us on Facebook

  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Bazar Ramadhan Best Pada Tahun 2026
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Perbezaan Lesen Motosikal B2 dan B Full: Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
    BeritaMac 3, 2026
  • Apa Perlu Ada Untuk Beli Motor di iMotorbike? 
    BeritaFebruari 24, 2026
  • Apa Yang Perlu Ada Dalam Emergency Kit Motosikal Anda?
    BeritaFebruari 19, 2026
  • Elektronik Ambil Alih Kawalan? Kebenaran Tentang Motosikal Moden
    BeritaFebruari 26, 2026
  • Kesan Jangka Panjang Menunggang Dalam Hujan Lebat Terhadap Motosikal Anda
    BeritaFebruari 25, 2026
  • Tips Balik Kampung Ride Motosikal: Panduan Penting Untuk Perjalanan Lebih Selamat
    BeritaMac 12, 2026
  • JPJ Melancarkan Aplikasi JPJvBid Untuk Lelongan Kenderaan Rampasan
    BeritaMac 11, 2026
  • JPJ Guna Dron Pantau Kesalahan Jalan Raya Sempena Ops Hari Raya Aidilfitri
    BeritaMac 11, 2026
  • Rider Baru Wajib Baca: Kesilapan Paling Biasa & Cara Mengatasinya
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Kapcai Terbaik Untuk Bawa Pergi Bazaar Ramadan
    BeritaMac 9, 2026
  • Pilihan 6 Motor 250cc Sesuai untuk Perempuan di Malaysia
    BeritaMac 9, 2026
  • 5 Skuter Terbaik Untuk Perjalanan Balik Kampung Sempena Hari Raya
    BeritaMac 5, 2026
  • Yamaha gantung Maverick Vinales untuk GP Silverstone says:

    […] Baru-baru ini Aprilia mengesahkan mereka telah menandatangani Vinales untuk…

  • Recall bagi Honda X-ADV mengenai isu kehilangan kuasa - Berita iMotorbike says:

    […] Walaupun skuter ini menghadapi masalah seperti ini, ia tidak…

Corporate

About Us
Terms of Use
Privacy Policy
Disclosure Policy
Contact Us
SUBSCRIBE NOW!

2024 iMotorbike World Sdn. Bhd.(1205246-M). All rights reserved.

6 Jaket Motosikal Terbaik di Malaysia
6 Motor 150cc Paling Murah di Malaysia
Nak Jual Beli Motor 😊 ?
WhatsApp
Nak Jual Beli Motor😊?
Open chat